JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Wednesday, July 7, 2010

UMNO JUARA KE TASIK BANDING, PERAK

MEMANCING SAMBIL BERIADAH DI PULAU TUJUH,
TASIK BANDING, PERAK

UMNO CAWANGAN JUARA, CHEROK TO'KUN TELAH MENGANJURKAN PROGRAM BERIADAH DAN MEMANCING KE TASIK BANDING, PERAK PADA 3 & 4 HB JULAI 2010

SERAMAI 40 PESERTA YANG TERDIRI DARIPADA AHLI UMNO CAWANGAN JUARA TELAH MENYERTAI PROGRAM INI. TURUT BERSAMA DALAM PROGRAM INI IALAH SDR RAMLAN ISHAK, TIM. KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM, SDR MD SHUKOR KARIM, KETUA UMNO CAWANGAN JUARA DAN SAUDARA ROSTAM, KETUA PEMUDA CWG JUARA.


Sebelum berlepas dgn menaiki bas, peserta berkumpul
di hadapan Pusat Khidmat Umno Cwg Juara Cherok To'kun





JETTY MARIN TASIK BANDING BENDERA UMNO BERKIBAR DI ATAS
HOUSEBOAT MENUJU
KE PULAU TUJUH

PESERTA MENAIKI HOUSE BOAT YG DI SEWA


PERJALANAN MENUJU KE PULAU TUJUH MENGAMBIL MASA
LEBIH KURANG 3 SETENGAH JAM

SOLAT BERJEMAAH DIATAS HOUSE BOAT


KELUAR MEMANCING MENGUNAKAN BOAT KECHIL





SKUAD MEMASAK TERDIRI DRP: DIN GAJAH, ARIS & PON




BERMACAM- MACAM AKSI

CUBA MEMANDU HOUSE BOAT


BERSANTAI



PEMENANG MENERIMA HADIAH



Wednesday, June 30, 2010

Penubuhan Ranting PKR Jalan Kolam Cherok To' Kun

TIDAK JEJASKAN UMNO CAWANGAN JUARA
Setelah sekian lama PKR di tubuhkan, hanya baru-baru ini satu ranting di Kampung Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim baru di tubuhkan pada 20hb Jun 2010.
Menurut sumber seorang rakan dari PKR mengatakan bahawa penubuhan ranting itu agak lemah kerana kurang mendapat sambutan dari penduduk setempat terutamanya golongan muda.
Umno Juara telah mengenalpasti ahli-ahli mereka dan mendapati sedikit pun tidak menjejaskan umno cawangan itu.
Begitu juga dengan Pemuda Umno Juara telah mendapati ahli-ahli AMK yg hanya seramai 8 orang itu setengahnya adalah orang luar dan telah diketuai oleh seorang pemuda yang tidak mendapat tempat dalam umno cawangan ini.
Umno Cawangan Juara telah mengambil inisiatif dengan menguatkan cawangan ini dengan seramai 25 orang pemuda lagi telah menghantar borang untuk menyertai Umno cawangan ini.
Pemuda Juara juga telah meningkatkan aktiviti-aktiviti pemuda setiap bulan bagi memastikan pemuda-pemuda kampung ini akan terus bersama Umno.

Sunday, May 23, 2010

TEORI RAHMAN

NAJIB PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR??
(R A H M A N)





Warga siasah Malaysia mempunyai satu teori (baca: sistem meramal giliran) yang unik mengenai siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri di negara ini selama enam generasi mulai 1957. Sistem meramal giliran ini dikenali sebagai TEORI RAHMAN.

Teori ini bukannya teori dalam ertikata ilmiah yang sebenar-benar. Ia sekadar satu singkatan abjad kepada nama lazim Perdana Menteri Malaysia mulai dengan Tunku Abdul Rahman Putera, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhir sekali perkataan (N) yang baru saja dipenuhi oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Selepas Teori RAHMAN sudah di penuhi maka teori apa pula kah yang akan menjadi pedoman untuk Perdana Menteri selepas DS Najib Tun Razak.

Apakah mungkin DS Najib akan menjadi Perdana Menteri Melayu yang Terakhir???






Saturday, May 1, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT (HARI KELUARGA UMNO)

SEMUA AHLI-AHLI UMNO CAWANGAN-CAWANGAN DALAM BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM DI JEMPUT MENGAMBIL BAHAGIAN
TARIKH : 2HB MEI 2101 (HARI AHAD)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : TAMAN ALMA JAYA
BUKIT MERTAJAM
ACARA MENARIK SPT SUKANEKA DAN SEBAGAI NYA.
HADIAH LUMAYAN UNTUK CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA.
JANGAN LUPA........

Wednesday, April 28, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PRK HULU SELANGOR

HARI PENAMAAN CALON DI KUALA KUBU

-------------------------------------------------------------------

HIDUP BAEISAN NASIONAL



Taklimat pagi oleh YB Datuk Musa



Datuk Zainal dan rakan2 Bersama Pemimpin MIC Tempatan
minum sambil berborak





Sembahyang Asar bersama PM PM menjamu selera di Hulu Bernam



TS Koh Tsu Khoon dan pemimpin GERAKAN mengunjungi
Bilik Gerakan Pulau Pinang

TS Noor Yakob makan malam di Bilik Gerakan PP

PENCERAMAH-PENCERAMAH






Hai Dt Mus!!! JADI PENGADIL KA??



PENYANYI 60AN PUN TURUT
BERKEMPEN UNTUK BN



Banyak lagi foto akan di keluarkan nanti.............


































































































































































































































































































































































































































































0











































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Friday, April 23, 2010

JENTERA PILIHANRAYA PULAU PINANG HEBAT DI PRK P094 PARLIMEN HULU SELANGOR

Asalamualaikum kepada semua pengikut blog JUARA, saya mintak maaf kerana lama tidak menulis kerana terlibat dengan jentera pilihanraya kecil Hulu Selangor. Bukan apa, disamping sibuk mengikut jentera pilihanraya Pulau Pinang line untuk ekses ke internet susah kerana mungkin ramai yang mengunakannya.


Alhamdulillah kami baru sampai balik semalam dan hari ini baru berkesempatan untuk mengemaskini kan blog


Kami jentera pilihanraya Pulau Pinang ditugaskan menjaga kawasan Hulu Bernam yang melibatkan 6 peti undi iaitu Changkat Asa, Kg Hulu Bernam, Ladang Escot, Bandar Kalumpang, Kuala Kalumpang dan Kg Baru Kalumpang.


Seramai lebih kurang 115 orang petugas yang terdiri daripada Vateran, Wanita , Pemuda dan Puteri dari Pulau Pinang terlibat untuk membantu jentera kali ini.

Orang yang bertanggungjawab menyelaras dan mengerakkan jentera Pulau Pinang ialah YB Senator Datuk Musa Bin Sheikh Fadzir dan dibantu oleh Sdr Ramlan Ishak. Mereka lah yang berkerja keras menyusun startegi bagi petugas-petugas Pulau Pinang dalam kempen menawan Hulu Selangor dan Datuk Abdul Aziz Sheikh fadzir bertindak sebagai Bapak Angkat MKT.

Walaupun penat tetapi kami pulang dengan hati yang gembira kerana BN telah dapat merampas kembali kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor dari tangan pembangkang.

BN MENANG 26 peti undi daripada 47 peti undi

BN 24997
PKR 23272
BN menang majoriti 1725

Dengan kemenangan ini menunjukkan kepercayaan kepada YAB DS Najib Tun Abdul Razak dan BN telah kembali.

Tahniah BARISAN NASIONAL...

(Gambar-gambar semasa dari hari penamaan calon hinga ke hari mengundi akan kami paparkan nanti )

Thursday, April 15, 2010

JENTERA PILIHANRAYA UMNO PULAU PINANG TELAH BERTOLAK KE HULU SELANGOR

Tepat Jam 10.00 pagi tadi maka bertolak lah petugas-petugas Umno Pulau Pinang yang akan membantu jentera Pilihanraya Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor.

Seramai lebih 100 orang petugas umno dari seluruh Pulau Pinang dengan menaiki 2 buah bas dan beberapa buah Van dan kereta telah digunakan untuk membawa mereka ke Hulu Selangor.

Umno Pulau Pinang telah awal-awal lagi kesana kerana untuk beramai-ramai memberi sokongan moral semasa majlis pengumuman Calon Barisan Nasional yang dijangka akan diadakan pada petang hari jumaat 15hb April 2010 nanti.

Semoga perjalanan ke Hulu Selangor di pelihara Allah dan mudah-mudahan mereka semua selamat sampai kesana dengan selamat agar dapat membantu jentera Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya P94 Parlimen Hulu Selangor.

Monday, April 12, 2010

KETUA PERHUBUNGAN UMNO PULAU PINANG TERBANG MENAIKI JET FIGHTER

ZAHID TERBANG MENAIKI JET PEJUANG SUKHOI 30 MKN
Selamat berlepas


Bersedia untuk berlepas


Terbang tinggi di awan biru

Semua OK…April 12, 2010 : 10.07 AM

Cakap saja tak main .Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nak cuba sendiri. Pagi Sabtu beliau menjadi orang awam pertama di negara ini yang berpeluang menaiki pesawat pejuang jenis Sukhoi 30 MKN. Tujuan beliau terbang ke udara selama 50 minit dipandu oleh juruterbang TUDM bukanlah untuk mencuba pesawat tempur canggih yang Malaysia beli dari Russia itu. Sebaliknya ia bertujuan untuk cuba sendiri pendaratan di landasan pengkalan TUDM di Gong Kedak.

Ini ekoran adanya dakwaan pembangkang kononnya landasan itu ada masalah hingga pesawat Suhkoi tidak boleh mendarat.Kata Zahid dakwaan itu tidak benar. Beliau menjelaskan sebenarnya ada satu kejadian terpencil pada peringkat awal berlaku dimana seketul batu mengenai enjin pesawat. Zahid yang membuat lawatan untuk meninjau pengkalan berkenaan berkata Gong Kedak akan dijadikan salah satu daripada pangkalan udara penting di Pantai Timur.

Turut serta ialah Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Radzali Daud. Kedudukan pengkalan Gong Kedah agak unik kerana pengkalannya terletak dalam daerah Besut di Terengganu manakala sebahagian landasannya termasuk dalam daerah Pasir Putih di negeri Kelantan.-11/4/2010 . Tujuan beliau terbang ke udara selama 50 minit dipandu oleh juruterbang TUDM bukanlah untuk mencuba pesawat tempur canggih yang Malaysia beli dari Russia itu. Sebaliknya ia bertujuan untuk cuba sendiri pendaratan di landasan pengkalan TUDM di Gong Kedak.

Ini ekoran adanya dakwaan pembangkang kononnya landasan itu ada masalah hingga pesawat Suhkoi tidak boleh mendarat.Kata Zahid dakwaan itu tidak benar. Beliau menjelaskan sebenarnya ada satu kejadian terpencil pada peringkat awal berlaku dimana seketul batu mengenai enjin pesawat. Zahid yang membuat lawatan untuk meninjau pengkalan berkenaan berkata Gong Kedak akan dijadikan salah satu daripada pangkalan udara penting di Pantai Timur.

Turut serta ialah Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Radzali Daud. Kedudukan pengkalan Gong Kedah agak unik kerana pengkalannya terletak dalam daerah Besut di Terengganu manakala sebahagian landasannya termasuk dalam daerah Pasir Putih di negeri Kelantan.
(Petikan dari Agendaily)
Hebat Dato' Seri, caya lah........

Sunday, April 11, 2010

PROGRAM WANITA UMNO BUKIT MERTAJAM PUN DI CHEROK TO'KUN JUGA


PROGRAM MESRA KELUARGA, REAKRASI & SUKANEKA WANITA UMNO BUKIT MERTAJAM.
Ahad-11hb April 2010, Wanita Umno Bahagian Bukit Mertajam telah mengadakan satu program untuk keluarga Wanita Umno bertempat di Hutan Lipur, Cherok To'Kun, Bukit Mertajam.

Program yang di beri nama MESRA KELUARGA, REAKRASI & SUKANEKA itu telah bermula pada jam 7.30 pagi. Seramai lebih 150 orang peserta mengambil bahagian dengan dimulakan dengan mendaki Bukit Mertajam mengikut jalan yang telah disediakan.

Berbagai aktiviti seperti pertandingan mengubah bunga, membuat puding dan biskut juga diadakan.

Baling betul-betul adik...



0Kak Nab... mengadili pertandingan membuat biskut
dan puding.. cengehnya!!! keputusan Pengadil adalah muktamad..


hai.. hj Talib.. dok gagah jugak, mcm naik kuda je...



Wow.... tere nya brother ni


Datuk Musa menyampaikan hadiah kepada pemenang

Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Musa Bin Sheikh Fadzir selaku Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam yang sentiasa memberi sokongan keatas program dan aktiviti yang dijalankan oleh wanita.

YB Datuk beramah mesra semasa wanita menjamu selera

Jamuan makan Tengah hari disaji dengan masakan ala kampung seperti Gulai Nangka, Gulai Ikan Kering, Ulam-ulaman, ikan Goreng dan Sambal Buah Konen hasil dari masakan AJK Wanita Umno Bukit Mertajam.

Ketua Wanita Umno Bahagian Bukit Mertajam Pn Faridah bt Md Hussain turut sama dalam program tersebut.

Program yang berakhir sekitar jam 2.00 petang itu mendapat sambutan yang mengalakkan dimana dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim diantara ahli dan menunjukkan kemesraan yang terjalin di kalangan wanita Umno Bukit Mertajam.
I