JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Wednesday, June 30, 2010

Penubuhan Ranting PKR Jalan Kolam Cherok To' Kun

TIDAK JEJASKAN UMNO CAWANGAN JUARA
Setelah sekian lama PKR di tubuhkan, hanya baru-baru ini satu ranting di Kampung Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim baru di tubuhkan pada 20hb Jun 2010.
Menurut sumber seorang rakan dari PKR mengatakan bahawa penubuhan ranting itu agak lemah kerana kurang mendapat sambutan dari penduduk setempat terutamanya golongan muda.
Umno Juara telah mengenalpasti ahli-ahli mereka dan mendapati sedikit pun tidak menjejaskan umno cawangan itu.
Begitu juga dengan Pemuda Umno Juara telah mendapati ahli-ahli AMK yg hanya seramai 8 orang itu setengahnya adalah orang luar dan telah diketuai oleh seorang pemuda yang tidak mendapat tempat dalam umno cawangan ini.
Umno Cawangan Juara telah mengambil inisiatif dengan menguatkan cawangan ini dengan seramai 25 orang pemuda lagi telah menghantar borang untuk menyertai Umno cawangan ini.
Pemuda Juara juga telah meningkatkan aktiviti-aktiviti pemuda setiap bulan bagi memastikan pemuda-pemuda kampung ini akan terus bersama Umno.