JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Friday, April 22, 2011

Sekitar Persidangan Umno Cawangan JUARA, Cherok To'kun Bukit Mertajam di Bilik Panglima 2, Hotel The Summit Bukit Mertajam

Salam Perjuangan untuk semua.... Setelah sekian lama tidak update blog ini kerana sebab-sebab yg tidak dapat di elakkan hari ni terasa untuk kembali menjengguk.

Umno Cawangan JUARA telah selamat menyempurnakan Persidangan Tahunan bagi Tahun 2011 pada 20 haribulan April yang lalu bertempat di Hotel The Summit Bukit Mertajam

Seramai lebih dari 115 orang ahli  daripada 225 ahli berdaftar telah melaksanakan tanggungjawab dengan menghadiri Persidangan tersebut.

Yang menjadikan persidangan ini sungguh berbeza dari sebelumnya ialah inilah kali pertama cawangan ini diadakan di sebuah Hotel dan turut di hadiri oleh YBhg Datuk Hj Musa Sheikh Fadzir Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam dan Timbalannya Sdr Ramlan Ishak, Ketua Wanita Bahagian Puan Faridah Md Hussain, Ketua Pemuda Bahagian Sdr Fauzi Sharif dan beberapa Pemimpin Bahagian. Manakala Sdr Irfan adalah Pemarhati mewakili Bahagian.

Selepas Persidangan selesai majlis di teruskan dengan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan vateran-vateran Umno yang telah lama berjuang bersama-sama Umno JUARA sehingga sekarang dan diteruskan dengan Jamuan Makan Tengahari Ketua Cawangan.

Kedua-dua Majlis berjalan dengan lancar dan sungguh meriah sekali seterusnya mencipta sejarah dan kenangan yang tidak akan di lupakan oleh ahli-ahli Umno Cawangan JUARA

PERSEKITARAN PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN JUARA 2011

Ketua Cawangan membuat ucapan permulaan

Ketua Wanita Pn Hajah Nor Siah Nyek Seman

Majlis Makan Tengahari Ketua Cawangan

Bersama Tetamu dari bahagian

Barisan Pemuda

YBhg Datuk Musa Sheikh Fadzir
Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam
merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno
Negeri Pulau Pinang


Sebahagian dari ahli yg hadir

Sdr Rostam Ketua Pemuda
Umno Cawangan Juara