JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Wednesday, February 10, 2010

PULAU PINANG KITA....

Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR telah menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang selama lebih kurang 2 tahun. Apakah depa telah menunaikan janji2 yang telah depa buat semasa pilihanraya ke 12 dan beberapa pilihhan raya kecil yang lalu kepada rakyat Pulau Pinang.


Kita masih ingat Anwar sebagai General mereka pada masa itu menjanjikan kepada penduduk Kg Buah pala yang masalah mereka akan diselesaikan sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah Pulau Pinang, kini mereka hampa kerana nasib mereka lebih buruk setelah Pakatan Rakyat memerintah. Begitu juga dengan janji-janji manis Lim Guan Eng yang tidak ditunaikan dan mungkin akan hanya tinggal janji. Tol Sungai Nyior yang dijanjikan oleh Guan Eng akan dihapuskan sekiranya mereka dapat memerintah masih lagi beroperasi seperti biasa.


Demontrasi memprotes
pentadbiran Lim Guan Eng


Perlu diingatkan bahawa kerusi ADUN Melayu dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hanya ada 4 kerusi saja. Rakyat yang celik dan tak buta hati telah nampak tidak ada apa yang telah dan dapat dilakukan oleh ADUN2 Melayu Pakatan rakyat sehingga hari ini. Mereka tidak dapat membela nasib orang2 Melayu di Pulau Mutiara dan akhirnya Gerai2 Orang-orang Melayu diroboh oleh MPPP. Itu lah hadiah berharga dari Pakatan Rakyat kepada penduduk Melayu Pulau Pinang sebagai membalas jasa mereka yang telah memberikan undi kepada PR untuk memerintah negeri Pulau Pinang. Sebenarnya wakil rakyat Melayu Pakatan Rakyat hanya menjadi Pak Turut kepada DAP saja dan kita yakin mereka sebagai Wakil rakyat Melayu pasti menyesal dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap orang2 Melayu di Pulau Pinang dan ada diantara mereka telah berani untuk mempersoalkan tindakan2 Lim Guan Eng.




Cukup lah YB2, sekiranya anda tidak dapat melaksanakan tanggungjawab anda untuk membela nasib orang2 melayu di Pulau Pinang yg telah memilih anda semasa pilihanraya dahulu yang memerlukan anda untuk membela nasib mereka, keluarlah dari Pakatan Haram yang anda tidak akan boleh menunaikan tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat selagi anda bersama-sama mereka. Anda harus ingat yang anda perlu menjawab semasa di Padang Masyar nanti.




Kepada bangsaku Melayu, perkara2 yang telah berlaku jadikanlah iktibar... Mungkin kita tersilap untuk kali ini dan jangan lah kita tersilap dimasa akan datang.




Hanya UMNO yang dapat membela nasib orang-orang Melayu......

No comments:

Post a Comment