Ketua Cawangan Bersama Kumpulan Serikandi Gempur Umno Cawangan Juara secara bermotosikal beramai-ramai mengadakan lawatan rumah ke rumah Vateran-vateran Umno dan orang-orang tua serta yang sedang uzur.
Lawatan tersebut mendapat perhatian daripada penduduk dan memuji pihak Umno Juara yang perihatin kepada penduduk Cherok To'kun. Mereka juga merungut dan mempertikaikan pucuk pimpinan PKR Ranting Cherok To'Kun yang hanya pandai bercakap tetapi tidak peduli kepada masaalah penduduk.
Salah seorang penyokong kuat PKR berkata "Cherok To'kun adalah kampung Pemimpin Tertinggi PKR dan Ketua Pembangkang tetapi diabaikan walaupun berada dibawah kerajaan yg di perintah oleh Pakatan Rakyat yg di terajui oleh DAP. Ini menunjukkan bahawasanya DAP di bawah pimpinan LIM GUAN ENG tidak menghormati pemimpin tertinggi Pembangkang tersebut."
Kini penduduk telah mula sedar bahawa pentingnya kuasa dikembalikan kepada BN setelah diabaikan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang yang hanya memberi tumpuan kepada kawasan yg penduduknya terdiri dari kaum Cina.
Menurut Ketua Umno Cawangan Juara, En Md Shukor Bin Karim, program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menunjukkan bahawasanya Umno lah sebuah parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu disamping secara langsung dapat mendekati penduduk dan mengenal pasti masaalah2 yg dihadapi serta cuba menyelesaikan nya melalui saluran-saluran tertentu.
UMNO JUARA, JUARA RAKYAT
No comments:
Post a Comment