Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Dr Sulaiman daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.
Pengarah HKL Dr Zainanah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.
Allahyarham yang baru saja menyambut ulangtahun ke 77 pada 4hb Mac yang lalu meninggalkan empat anak iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.
Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.
Sulaiman yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) dan bekas Ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat perseketuan, bermula 19 hb Mac 1981.
Selain itu Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-1984 dan juga 1995-1999), Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan (1984-1986), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1989-1990) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (1990- 1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).
Anak kelahiran Kuching, sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari Universiti of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi dengan kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.
-Bernama
No comments:
Post a Comment