EZAM DAN GHANI HARUN GEGARKAN KG BUKIT KECIK, BUKIT MERTAJAM
Pentas Pemuda yang telah diadakan di Kampung Bukit Kecik, Bukit Mertajam anjuran bersama Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam dan Umno Cawangan Bukit Kecil telah mendapat sambutan dari penduduk setempat.
Lebih dari 300 orang penduduk tidak berganjak bermula dengan ucapan Ketua Umno Bahagian YB Senator Hj Datuk Musa Sheikh Fadzir membuka tirai pentas dengan memanaskan suasana membongkarkan kepincangan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang selama 2 tahun memerintah.
Sdr Ghani Harun meneruskan kehangatan pentas dengan menelanjangkan rahsia penipuan pemimpin tertinggi PKR. Dengan gaya pemidatonya yang sungguh hebat telah membuat para pendengar terpegun dan sering mendapat tepukan gemuruh.
Akhir sekali pada kemuncak majlis giliran Sdr Ezam Md Noor tampil diatas pentas menceritakan kenapa beliau meninggalkan PKR dan menceritakan tentang pembohongan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan menceritakan tentang suasana politik semasa.
Walaupun hujan turun renyai-renyai, orang ramai tidak berganjak semasa Sdr Ezam membokarkan tentang sifat Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim. Beliau mengatakan bahawa beliau adalah orang kuat Anwar yang sanggup masuk penjara kerana Anwar. Beliau terpaksa meninggalkan Anwar selepas Anwar keluar dari penjara kerana mendapati wadah perjuangan Anwar yang telah lari dari landasan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.
Beliau mengakhiri ceramah beliau setelah masa sudah tamat dan diminta oleh pihak polis untuk berhenti.
Pada keseluruhannya semua hadirin menunjukkan rasa puas hati dengan penerangan yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang mana telah menggegarkan Kg Bukit Kecik.
Berikut adalah sedutan sebahagian dari
ceramah yang di sampaikan oleh Sdr Ezam
No comments:
Post a Comment