LOMPAT PUNYA HAL
Suasana dalam sidang Dewan Rakyat hangat seketika bila Ahli Parlimen BN Kalabakan, Sabah Datuk Abdul Ghapur Salleh hentam Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim kerana marah namanya disebut sebagai salah seorang yang dikatakan hendak melompat masa Pelan 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelik juga diantara 8 yang disebut oleh Bayan Baru, Kalabakan pula yang lebih melatah. Mengapa beliau terlalu emosional sedangkan DS Zahrain mengatakan apa yang Ketua Pembangkang memberitahu kepada beliau tentang Pelan 16 september 2008 yang menyebut Kalabakan adalah salah seorang yang akan melompat.
Orang ramai tentu hairan kenapa Kalabakan melatah teruk sangat.... ada apa-apa ke YB ??? Kalabakan sepatutnya marah pada Anwar Ibrahim kerana beliau lah yang memberitahu Zahrain tentang siapa yang nak lompat.
Itu yang susah, bila orang nak bagi penjelasan dia tak mahu bagi laluan. sebaliknya menyerang peribadi Zahrain.
Tak tau lah dengan Kalabakan ni..... bikin orang pening baa....
Suka dicadangkan pihak tuan mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Group nie sedang giat buat kerja dakwah dan mereka hanya perlu sponser tempat tinggal, duit minyak dan sagu hati (sekadarnya) aje. Jika berminat, boleh hubungi Sdra. Saiful di talian 013-3655 715 untuk perbincangan lanjut
ReplyDelete