JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Saturday, December 10, 2011

SB1M RM 500.00 untuk Warga Emas dan Ketua Keluarga Yg Berpendapatan kurang Drp RM3,000.00

Untuk Ahli-Ahli UMNO Cawangan JUARA yang berkelayakan sila dapatkan Borang berkenaan di Rumah Ketua Wanita JUARA . Jangan lupa photostat kad Pengenalan dan Slip Gaji untuk permohonan tersebut.

Untuk Pertanyaan sila hubungi :

Pn Hjh Norsiah             04-5394512
Sdr Rostam                012-4792410
Tn Hj Nordin              013-4502246                                                

Thursday, May 5, 2011

FIRAUN-FIRAUN KECIL

Mummy Firaun

Dari Pena Ketua Cawangan

Teringat dengan kenyataan yang telah dibuat oleh YB Kulim Bandar Baharu, Sdr Zulkifli Nordin tentang Firaun-Firaun kecil yang terdapat dalam PKR hingga beliau membuat keputusan untuk meninggalkan  parti tersebut ada kebenarannya kerana dalam UMNO juga terdapat Firaun-Firaun Kecil ataupun "The Little Napoleon" yang masih bergerak dalam UMNO.

Firaun-Firaun kecil didalam UMNO ini hanya ingin berkuasa dan memegang jawatan dalam parti tetapi tidak mampu untuk bekerja ataupun memberi khidmat kepada parti. Mereka hanya hendakkan jawatan-jawatan tertentu dalam parti tetapi pada hakikatnya sekadar memegang jawatan untuk tempoh yang telah ditetapkan. Mereka ini sanggup melakukan apa saja termasuk memfitnah dan memburuk-buruk kan kawan.

Mereka bergerak melalui kumpulan kecawangan-cawangan menemui Ketua Cawangan dan Perwakilan Cawangan ke Bahagian untuk berkempen bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam Pentadbiran UMNO Bahagian. Mereka sanggup berbelanja dan mereka-reka cerita memburukkan calon-calon yang benar-benar berkerja secara jujur dan ikhlas kepada UMNO. Kumpulan ini sungguh licik dan kadang-kadang dapat mempengaruhi dan menakutkan Ketua dengan menunjukkan mereka berkuasa dan mempunyai ramai pengaruh sehinggakan ada Ketua Bahagian yang takut kepada Firaun-Firaun kecil ini.
  
Telah terbukti apabila mereka berjaya mendapatkan jawatan dalam pemilihan semasa Persidangan Perwakilan, mereka tidak mampu memberikan apa-apa sumbangan kepada UMNO tetapi hanya bergantung kepada Ketua Bahagian. Mereka tidak mempunyai idea dan daya kreatif untuk memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat dan sesetengahnya hinggakan cawangan sendiri pun mereka tidak dapat jaga dan biarkan ia sepi tanpa aktiviti dan sebarang khidmat untuk cawangan.

Sehinggakan ada cawangan-cawangan Firaun-Firaun Kecil ini terpaksa menipu semasa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dengan apacara sekali pun termasuk menipu jumlah kehadiran ahli bagi  mencukupi korum untuk menjalankan persidangan. Ada juga yang kantoi dan terpaksa membuat persidangan sekali lagi, dan dengar cerita persidangan semula yang di jalankan pun juga ada unsur-unsur penipuan.

Saya ingin mengkongsi pengalaman saya sebagai AJK Umno Bahagian yang di lantik oleh YBhg Datuk Ketua Bahagian.Kali pertama saya menjejak kaki ke Wisma Umno Bukit Mertajam sebagai AJK saya bertemu dan berbual-bual dengan beberapa sahabat AJK dan setengah nya adalah AJK yg dibayar menjalankan tugas di Pusat Khidmat Ketua Bahagian.  Disini lah saya mula mendengar bisikan-bisikan Firaun -Firaun kecil yang mengatakan jangan rapat dengan sipolan-sipolan tertentu kerana sipolan ini begitu dan begini, sipolan itu Kucing Parsi Datuk Ketua Bahagian, sipolan ini berlagak dan menunjuk-nunjuk dan bermacam macam lagi. Sebagai orang baru dalam bahagian saya juga pada mulanya terpengaruh dengan fitnah dan dakyah Firaun-Firaun kecil ini dan saya bersama mereka untuk seketika. Tetapi setelah sekian lama saya bersama mereka saya dapati tidak ada sumbangan hebat yang mereka berikan kepada parti, yang ada hanya omong-omong kosong di pejabat UMNO dan kedai-kedai kopi, malah ada yang sibuk membuat perancangan dan stetergi untuk mengekalkan jawatan masing-masing pada pemilihan yang akan diadakan 3 atau 4 tahun lagi. Akhirnya saya mula berfikir tentang amanah yang telah diberikan oleh YBhg Datuk Ketua Bahagian yang melantik saya sebagai AJK. Sekiranya saya terus bersama mereka bermakna saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya. Saya mengambil keputusan mengubah haluan saya dengan merndekati insan-insan yang pernah Firaun-Firaun Kecil ini burukkan.

Alhamdulillah setelah saya bersama YBhg Datuk Ketua Bahagian dan orang yang pernah mereka katakan Kucing Parsi Datuk, saya berasa puas dengan penglibatan saya dalam kerja-kerja kebajikan, aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan dan bermacam-macam aktiviti politik saya ikuti. Banyak ilmu yang saya perolehi semasa bersama mereka dan saya terapkan apa yang saya pelajari dari YBhg Datuk dan Timbalan kepada cawangan saya dan Alhamdulillah Cawangan Umno Juara saya rasakan adalah salah satu cawangan yang banyak mengadakan aktiviti.

Berbalik kepada Firaun-Firaun Kecil tadi, seperti yang dijangkakan penglibatan saya bersama YBhg Datuk dan Timbalan tidak disenangi oleh mereka. Bermacam-macam tomahan telah dilemparkan kepada saya termasuklah kononnya saya diberikan projek berjuta-juta dan bermacam-macam lagi. Saya berani bersumpah dengan nama Allah, bahawasanya sehingga kini saya tidak pernah menerima pertolongan projek dari YBhg Datuk Ketua Bahagian dan saya berani bersemuka dengan Firaun-Firaun Kecil ini sekiranya mereka mahu. Setahu saya demi Perjuangan saya dalam UMNO banyak nya keluar dari poket saya sendiri. Mereka marah kerana saya selalu bersama Ybhg Datuk Ketua Bahagian dan Timbalannya. Apakah salah saya bersama mereka kerana hanya ingin memberi khidmat dengan mermbantu orang-orang yang berkerja untuk Umno daripada duduk bersembang kosong di pejabat Umno dan kedai-kedai kopi? Amat rugi lah UMNO sekiranya Firaun-Firaun kecil ini masih bermaharajalela mengekalkan kuasa mereka dalam Umno. 

Saya amatlah berterima kasih kepada YBhg Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam dan Timbalannya En Ramlan Bin Ishak serta sahabat-sahabat AJK yang bersama mereka kerana memberi peluang kepada saya memberi khidmat dan menjalankan tugas saya sebagai yang diamanahhkan.
Banyak ilmu yang saya pelajari dan banyak pengalaman yang saya perolehi.    

TERIMA KASIH DATUK DAN TIMBALAN

Monday, May 2, 2011

AGENDA DAP HAMPIR TERCAPAI

Perpecahan Melayu adalah Matlamat Dan cita-cita DAP bagi merampas kuasa Melayu di Malaysia. Kini hasrat mereka telah hampir tercapai apabila perpecahan Orang-orang Melayu makin Ketara. Mereka telah mengunakan orang Melayu sendiri bagi merealasasikan cita-cita mereka.

Seorang Pemimpin Tertinggi Pembangkang adalah salah seorang yang telah di pergunakan Oleh DAP bagi membantu mereka  kearah apa saja demi mencapai cita-cita politik beliau. Pihak DAP telah bertungkus-lumus mempertahankan Pemimpin Tertinggi Pembangkang tersebut dengan menyediakan barisan Peguambela DAP dalam kes tuduhan MeliwatPerpecahan orang Melayu. Pemimpin Pembangkang yg bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri itu sanggup melakukan  yg sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Apa yg pelik ialah salah seorang dari peguambela DAP yg juga seorang MP yg sedang bertungkus lumus membela Pemimpin tersebut adalah seorang yg pernah menuduh pemimpin berkenaan sebagai Peliwat dalam Parlimen pada satu masa dahulu


Orang Melayu harus sedar bahawa tujuan DAP membela Pemimpin yang dituduh dalam kes liwat  itu adalah semata mata bagi memastikan beliau akan terus dapat di pergunakan oleh DAP bagi merealisasikan cita-cita politik mereka.


Semua ini dilakukan adalah Kerana pihak DAP percaya sekiranya Orang Melayu bersatu mereka sudah tentu tidak akan dapat berkuasa dan merintah Malaysia. Dalam hal ini Formula Yahudi Dan Amerika telah digunapakai kerana sudah terbukti dengan cara memecah belahkan puak Arab di Iraq maka Yahudi Amerika dengan mudah menawan Iraq.


Demi Agama, Bangsa dan Negara, orang Melayu wajib bersatu sekiranya tidak mahu kehilangan kuasa di tanahair sendiri.

BERSATU, KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Sunday, May 1, 2011

JOM MASUK KAMPUNG TO'KUN BERSAMA KETUA CAWANGAN

Umno Cawangan Juara sekali lagi mengadakan Program Jom Masuk Kampung Bersama Ketua Cawangan pada 24hhb April yang lalu.

Ketua Cawangan Bersama Kumpulan Serikandi Gempur Umno Cawangan Juara secara bermotosikal beramai-ramai mengadakan lawatan rumah ke rumah Vateran-vateran Umno dan orang-orang tua serta yang sedang uzur.

Lawatan tersebut mendapat perhatian daripada penduduk dan memuji pihak Umno Juara yang perihatin kepada penduduk Cherok To'kun. Mereka juga merungut dan mempertikaikan pucuk pimpinan PKR Ranting Cherok To'Kun yang hanya pandai bercakap tetapi tidak peduli kepada masaalah penduduk.

Salah seorang penyokong kuat PKR berkata "Cherok To'kun adalah kampung Pemimpin Tertinggi PKR dan Ketua Pembangkang tetapi diabaikan walaupun berada dibawah kerajaan yg di perintah oleh Pakatan Rakyat yg di terajui oleh DAP. Ini menunjukkan bahawasanya DAP di bawah pimpinan LIM GUAN ENG tidak menghormati pemimpin tertinggi Pembangkang tersebut."

Kini penduduk telah mula sedar bahawa pentingnya kuasa dikembalikan kepada BN setelah diabaikan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang yang hanya memberi tumpuan kepada kawasan yg penduduknya terdiri dari kaum Cina. 

Menurut Ketua Umno Cawangan Juara, En Md Shukor Bin Karim,  program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menunjukkan bahawasanya Umno lah sebuah parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu disamping secara langsung dapat mendekati penduduk dan mengenal pasti masaalah2 yg dihadapi serta cuba menyelesaikan nya melalui saluran-saluran tertentu. 

UMNO JUARA, JUARA RAKYAT