JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Sunday, May 1, 2011

JOM MASUK KAMPUNG TO'KUN BERSAMA KETUA CAWANGAN

Umno Cawangan Juara sekali lagi mengadakan Program Jom Masuk Kampung Bersama Ketua Cawangan pada 24hhb April yang lalu.

Ketua Cawangan Bersama Kumpulan Serikandi Gempur Umno Cawangan Juara secara bermotosikal beramai-ramai mengadakan lawatan rumah ke rumah Vateran-vateran Umno dan orang-orang tua serta yang sedang uzur.

Lawatan tersebut mendapat perhatian daripada penduduk dan memuji pihak Umno Juara yang perihatin kepada penduduk Cherok To'kun. Mereka juga merungut dan mempertikaikan pucuk pimpinan PKR Ranting Cherok To'Kun yang hanya pandai bercakap tetapi tidak peduli kepada masaalah penduduk.

Salah seorang penyokong kuat PKR berkata "Cherok To'kun adalah kampung Pemimpin Tertinggi PKR dan Ketua Pembangkang tetapi diabaikan walaupun berada dibawah kerajaan yg di perintah oleh Pakatan Rakyat yg di terajui oleh DAP. Ini menunjukkan bahawasanya DAP di bawah pimpinan LIM GUAN ENG tidak menghormati pemimpin tertinggi Pembangkang tersebut."

Kini penduduk telah mula sedar bahawa pentingnya kuasa dikembalikan kepada BN setelah diabaikan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang yang hanya memberi tumpuan kepada kawasan yg penduduknya terdiri dari kaum Cina. 

Menurut Ketua Umno Cawangan Juara, En Md Shukor Bin Karim,  program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi menunjukkan bahawasanya Umno lah sebuah parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu disamping secara langsung dapat mendekati penduduk dan mengenal pasti masaalah2 yg dihadapi serta cuba menyelesaikan nya melalui saluran-saluran tertentu. 

UMNO JUARA, JUARA RAKYAT







 

No comments:

Post a Comment