JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Thursday, May 5, 2011

FIRAUN-FIRAUN KECIL

Mummy Firaun

Dari Pena Ketua Cawangan

Teringat dengan kenyataan yang telah dibuat oleh YB Kulim Bandar Baharu, Sdr Zulkifli Nordin tentang Firaun-Firaun kecil yang terdapat dalam PKR hingga beliau membuat keputusan untuk meninggalkan  parti tersebut ada kebenarannya kerana dalam UMNO juga terdapat Firaun-Firaun Kecil ataupun "The Little Napoleon" yang masih bergerak dalam UMNO.

Firaun-Firaun kecil didalam UMNO ini hanya ingin berkuasa dan memegang jawatan dalam parti tetapi tidak mampu untuk bekerja ataupun memberi khidmat kepada parti. Mereka hanya hendakkan jawatan-jawatan tertentu dalam parti tetapi pada hakikatnya sekadar memegang jawatan untuk tempoh yang telah ditetapkan. Mereka ini sanggup melakukan apa saja termasuk memfitnah dan memburuk-buruk kan kawan.

Mereka bergerak melalui kumpulan kecawangan-cawangan menemui Ketua Cawangan dan Perwakilan Cawangan ke Bahagian untuk berkempen bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam Pentadbiran UMNO Bahagian. Mereka sanggup berbelanja dan mereka-reka cerita memburukkan calon-calon yang benar-benar berkerja secara jujur dan ikhlas kepada UMNO. Kumpulan ini sungguh licik dan kadang-kadang dapat mempengaruhi dan menakutkan Ketua dengan menunjukkan mereka berkuasa dan mempunyai ramai pengaruh sehinggakan ada Ketua Bahagian yang takut kepada Firaun-Firaun kecil ini.
  
Telah terbukti apabila mereka berjaya mendapatkan jawatan dalam pemilihan semasa Persidangan Perwakilan, mereka tidak mampu memberikan apa-apa sumbangan kepada UMNO tetapi hanya bergantung kepada Ketua Bahagian. Mereka tidak mempunyai idea dan daya kreatif untuk memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat dan sesetengahnya hinggakan cawangan sendiri pun mereka tidak dapat jaga dan biarkan ia sepi tanpa aktiviti dan sebarang khidmat untuk cawangan.

Sehinggakan ada cawangan-cawangan Firaun-Firaun Kecil ini terpaksa menipu semasa mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dengan apacara sekali pun termasuk menipu jumlah kehadiran ahli bagi  mencukupi korum untuk menjalankan persidangan. Ada juga yang kantoi dan terpaksa membuat persidangan sekali lagi, dan dengar cerita persidangan semula yang di jalankan pun juga ada unsur-unsur penipuan.

Saya ingin mengkongsi pengalaman saya sebagai AJK Umno Bahagian yang di lantik oleh YBhg Datuk Ketua Bahagian.Kali pertama saya menjejak kaki ke Wisma Umno Bukit Mertajam sebagai AJK saya bertemu dan berbual-bual dengan beberapa sahabat AJK dan setengah nya adalah AJK yg dibayar menjalankan tugas di Pusat Khidmat Ketua Bahagian.  Disini lah saya mula mendengar bisikan-bisikan Firaun -Firaun kecil yang mengatakan jangan rapat dengan sipolan-sipolan tertentu kerana sipolan ini begitu dan begini, sipolan itu Kucing Parsi Datuk Ketua Bahagian, sipolan ini berlagak dan menunjuk-nunjuk dan bermacam macam lagi. Sebagai orang baru dalam bahagian saya juga pada mulanya terpengaruh dengan fitnah dan dakyah Firaun-Firaun kecil ini dan saya bersama mereka untuk seketika. Tetapi setelah sekian lama saya bersama mereka saya dapati tidak ada sumbangan hebat yang mereka berikan kepada parti, yang ada hanya omong-omong kosong di pejabat UMNO dan kedai-kedai kopi, malah ada yang sibuk membuat perancangan dan stetergi untuk mengekalkan jawatan masing-masing pada pemilihan yang akan diadakan 3 atau 4 tahun lagi. Akhirnya saya mula berfikir tentang amanah yang telah diberikan oleh YBhg Datuk Ketua Bahagian yang melantik saya sebagai AJK. Sekiranya saya terus bersama mereka bermakna saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya. Saya mengambil keputusan mengubah haluan saya dengan merndekati insan-insan yang pernah Firaun-Firaun Kecil ini burukkan.

Alhamdulillah setelah saya bersama YBhg Datuk Ketua Bahagian dan orang yang pernah mereka katakan Kucing Parsi Datuk, saya berasa puas dengan penglibatan saya dalam kerja-kerja kebajikan, aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan dan bermacam-macam aktiviti politik saya ikuti. Banyak ilmu yang saya perolehi semasa bersama mereka dan saya terapkan apa yang saya pelajari dari YBhg Datuk dan Timbalan kepada cawangan saya dan Alhamdulillah Cawangan Umno Juara saya rasakan adalah salah satu cawangan yang banyak mengadakan aktiviti.

Berbalik kepada Firaun-Firaun Kecil tadi, seperti yang dijangkakan penglibatan saya bersama YBhg Datuk dan Timbalan tidak disenangi oleh mereka. Bermacam-macam tomahan telah dilemparkan kepada saya termasuklah kononnya saya diberikan projek berjuta-juta dan bermacam-macam lagi. Saya berani bersumpah dengan nama Allah, bahawasanya sehingga kini saya tidak pernah menerima pertolongan projek dari YBhg Datuk Ketua Bahagian dan saya berani bersemuka dengan Firaun-Firaun Kecil ini sekiranya mereka mahu. Setahu saya demi Perjuangan saya dalam UMNO banyak nya keluar dari poket saya sendiri. Mereka marah kerana saya selalu bersama Ybhg Datuk Ketua Bahagian dan Timbalannya. Apakah salah saya bersama mereka kerana hanya ingin memberi khidmat dengan mermbantu orang-orang yang berkerja untuk Umno daripada duduk bersembang kosong di pejabat Umno dan kedai-kedai kopi? Amat rugi lah UMNO sekiranya Firaun-Firaun kecil ini masih bermaharajalela mengekalkan kuasa mereka dalam Umno. 

Saya amatlah berterima kasih kepada YBhg Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam dan Timbalannya En Ramlan Bin Ishak serta sahabat-sahabat AJK yang bersama mereka kerana memberi peluang kepada saya memberi khidmat dan menjalankan tugas saya sebagai yang diamanahhkan.
Banyak ilmu yang saya pelajari dan banyak pengalaman yang saya perolehi.    

TERIMA KASIH DATUK DAN TIMBALAN

No comments:

Post a Comment