JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Wednesday, March 31, 2010

TOLONG JAGAN MAIN ISU LAGI........ ZAHID



Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta media berbahasa Cina berhenti bermain isu kononnya Datuk Ahmad Ismail yang mungkin dipilih semula sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Bendera akan menimbulkan masalah kepada parti Gerakan di Pulau Pinang.

"Saya minta kes itu ditutup," kata Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu dalam sidang media bersama timbalannya Datuk Zainal Osman di lobi Parlimen, Rabu.
Beliau turut menafikan laporan membuat kenyataan menyokong Ahmad minta Gerakan negeri atau Malaysia supaya minta maaf.

Itu hanya tanggapan dalam laporan tersebut,” tegasnya.
Ahmad sebelum ini digantung daripada UMNO selama tiga tahun selepas mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan masyarakat Cina sebagai "pendatang" dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 selain peminta Gerakan keluar daripada komponen BN. Penggantungannya ditarik semula pada Disember tahun lalu.

Zahid juga menjelaskan, tindakan kesemua 36 ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Bendera meletakkan jawatan bukan desakan mana-mana pihak.

Tambahnya, kemasukan semula Ahmad akan dibuat mengikut prosedur, susulan peletakan jawatan oleh 36 anggota jawatankuasa bahagaian tersebut awal minggu ini.

Katanya, mesyuarat perhubungan akan diadakan pada 24 Mac ini. Menurutnya, jawatankuasa berkenaan perlu mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO untuk mengadakan pemilihan baru dan perkara itu kemudiannya akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi.-31/3/2010 (BERITA AGENDADAILY)

Tuesday, March 30, 2010

UMNO BHG BUKIT MERTAJAM DAN PEMUDA MEMBUAT LAPORAN POLIS

LAPORAN TERHADAP SETIAUSAHA AGUNG PKR SHARIFUDDIN NASIUTION ISMAIL DAN KENYATAAN YB ZULKIFLI NORDIN DALAM PARLIMEN. 30HB MAC 2010 – Dua laporan Polis telah di buat oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam dan sayap Pemuda nya di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam pagi tadi.

Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Umno bhg Bt Mertajam En Yaacob Ismail telah bertindak bagi pihak Umno Bahagian manakala Ketua Pemuda En Mohd Fauzi Sharrif mewakili pemuda bagi membuat laporan.

Umno Bahagian membuat laporan polis terhadap pembongkaran YB Zulkifli Nordin terhadap tawaran lumayan yang boleh mengugat iman beliau untuk membuat Surat Akuan Sumpah Palsu bagi memfitnah YAB Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan.

Manakala Pemuda pula membuat laporan terhadap Setiausaha Agung PKR yang telah mengeluarkan kenyataan bertulis bahawa Dato’ Seri Anwar telah difitnah dan mengedarkan lapuran kesihatan palsu terhadap Sdr Saiful dalam kes liwat membabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Suara Keadilan.

Mohd Fauzi berkata kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih lagi dalam perbicaraan dan Sharifuddin tidak sepatutnya membuat kenyataan begitu yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Umno Bahagian Bukit Mertajam meminta agar pihak polis dapat membuka fail dan menjalankan siasatan terhadap laporan yang telah di buat. Turut hadir bagi menunjukkan sokongan ialah Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam YB Senator Datuk Musa Bin Hj Sheikh Fadzir dan AJK serta ahli Umno Bukit Mertajam.

Monday, March 29, 2010

UMNO CAWANGAN DESA WAWASAN MEMBUKA SAYAP

TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM YANG JUGA PENGERUSI JUARA RAKYAT PARLIMEN BUKIT MERTAJAM SDR RAMLAN BIN ISHAK MERASMIKAN PENUBUHAN WANITA DAN PUTERICAWANGAN DESA WAWASAN


28HB Mac 2010 - Umno Cawangan Desa Wawasan, Bahagian Bukit Mertajam telah berjaya menubuhkan sayap Umno iaitu Wanita dan Puteri.

Majlis penubuhan serentak kedua-dua sayap itu telah dirasmikan oleh Sdr Ramlan Bin Ishak, Tim Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam yang juga Pengerusi Juara Rakyat Parlimen Bukit Mertajam.

Dalam ucapan perasmian, Sdr Ramlan telah menceritakan mengenai sejarah penubuhan Pergerakan Wanita Umno dan juga sejarah penubuhan Puteri.

Beliau juga mengingatkan bahawa hanya Umno yang mampu membela dan mempertahankan hak-hak orang Melayu. Sdr Ramlan mengajak orang-orang melayu bersatu dibawah wadah perjuangan parti keramat Umno yang telah lebih dari 50 tahun berjasa kepada orang melayu di Tanah Air kita.

Berikut adalah petikan dari
ucapan Sdr Ramlan:-


Kita berharap dengan penubuhan kedua-dua sayap tersebut akan dapat menyatupadu orang melayu di kawasan ini.

Sebahagian dari ahli Wanita & Puteri


Saturday, March 27, 2010

PELAKON HANDALAN DAN PETUALANG DALAM UMNO

AKAN MENJADIKAN UMNO LEMAH DAN LINGKUP........

Mereka ini adalah kompolan yang pandai melobi dan mengatur untuk memenangi sesuatu jawatan dalam Umno, lakonan mereka bukan main lagi, mengalahkan film star MGR dan Sharukh Khan. Mereka bergerak dalam kompolan tertentu dan berkempen untuk memastikan ahli kompolan mereka akan berjaya. Kempen dengan menyerang peribadi dan memburuk-burukan lawan menjadi mainan mulut mereka.




Pada musim pertandingan, ketua-ketua cawangan dan perwakilan akan sibuk menerima kedatangan mereka ini. Kedai-kedai kopi dan warung-warung akan memperolehi rezeki yang lebih lumayan pada musim ini kerana di situ lah akan menjadi pentas Umpat mengumpat sesama orang umno. Bukan main rajin lagi mereka ini turun ke padang setiap hari dari pagi hingga ke waktu subuh besok. Kalau dilihat betapa rajinnya mereka turun ke padang pada waktu itu, pasti para perwakilan dan ketua cawangan akan cair... menganggap mereka juga akan bekerja sepertimana mereka turun ke padang semasa musim pemilihan.


Setelah mereka menang dalam pemilihan semasa persidangan agung bererti mereka telah diberi amanah dan kepercayaan oleh para perwakilan untuk memegang jawatan yang ditandingi dan setengah daripada mereka pula telah di lantik oleh tok ketua yang berkuasa untuk melantik bagi memegang jawatan tertentu.


Bukan main berbangga lah mereka kerana usaha gigih mereka, ahli kompolan mereka yang bertanding menang dan yang tak bertanding pula dilantik oleh tok ketua untuk memegang jawatan penting dalam bahagian.


Alangkah molek, sekiranya mereka yang sanggup bekerja keras semasa kempen pemilihan merebut jawatan dalam parti, bekerja keras pula untuk merebut kerja-kerja untuk dilakukan dalam umno.


Ini lain pulah jadinya, mesyuarat dan program lebih tak hadir dari yang hadir, bila ditanya kenapa tak hadir jawabnya mudah, aku kena cari makan untuk anak bini aku dulu.... Laporan jangan harap lah...... bila sampai giliran menjawab buat selamba je... tapi bila masa orang lain bentang pandai pulak dia sergah dan komen, Muka tak Malu, Kepala Bapak Dia..... Ada pula kerjanya orang lain yang kena buat sebab tak punyai pengetahuan dalam bidang tersebut tapi nak pegang juga jawatan tu, bukan apa, ada maasyuuk... dan macam-macam lagi lah.



Lakonan bukan main lagi, kalau didepan tok ketua mereka lah jaguh seolah-olah semua kerja-kerja mereka lah yang buat. Dan kalau ada orang yang rajin dan iklas bekerja untuk parti sudah pasti mereka jadikan musuh utama, jangan harap lah orang tu nak menang dalam pemilihan sekali lagi. mereka kutuk dan berdengki, mereka kata bodek lah dan sebagainya. Mereka ni pandai BERLAKON........ mungkin orang seperti mereka lah yang digelar oleh YB Zulkifli Nordin sebagai Firaun-Firaun Kecil.


Sapa yang tok ketua suka, malang lah nasibnya bukan apa sudah pasti menjadi musuh nombor one mereka, Jangan lah dok Bertanding, buang masa saja.... mereka akan reka macam-macam cerita semuanya tak kena, yang betul dalam dunia ni hanya lah mereka saja .


Ada setengah Tok Ketua pulak walaupun menyedari perkara ini tetapi terpaksa diamkan diri bagi menjaga kepentingan politik dirinya sendiri. Ada setengah Tok Ketua pun pandai BERLAKON........ lagi besar pangkat dia, kalau dalam army mau lah Genderal pangkat tok ketua.


Sebenarnya jika semua yang dipilih dalam pemilihan dan yang sanggup menerima lantikan, bererti mereka sanggup memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh perwakilan. Seandainya mereka sama-sama bekerja dengan ikhlas, bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam apa-apa juga kerja parti, sudah pasti umno tidak akan lemah dan goyah.



(bersambung)

PENTAS PEMUDA

EZAM DAN GHANI HARUN GEGARKAN KG BUKIT KECIK, BUKIT MERTAJAM

Pentas Pemuda yang telah diadakan di Kampung Bukit Kecik, Bukit Mertajam anjuran bersama Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam dan Umno Cawangan Bukit Kecil telah mendapat sambutan dari penduduk setempat.


Lebih dari 300 orang penduduk tidak berganjak bermula dengan ucapan Ketua Umno Bahagian YB Senator Hj Datuk Musa Sheikh Fadzir membuka tirai pentas dengan memanaskan suasana membongkarkan kepincangan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang selama 2 tahun memerintah.





Sdr Ghani Harun meneruskan kehangatan pentas dengan menelanjangkan rahsia penipuan pemimpin tertinggi PKR. Dengan gaya pemidatonya yang sungguh hebat telah membuat para pendengar terpegun dan sering mendapat tepukan gemuruh.




Akhir sekali pada kemuncak majlis giliran Sdr Ezam Md Noor tampil diatas pentas menceritakan kenapa beliau meninggalkan PKR dan menceritakan tentang pembohongan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan menceritakan tentang suasana politik semasa.

Walaupun hujan turun renyai-renyai, orang ramai tidak berganjak semasa Sdr Ezam membokarkan tentang sifat Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim. Beliau mengatakan bahawa beliau adalah orang kuat Anwar yang sanggup masuk penjara kerana Anwar. Beliau terpaksa meninggalkan Anwar selepas Anwar keluar dari penjara kerana mendapati wadah perjuangan Anwar yang telah lari dari landasan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Beliau mengakhiri ceramah beliau setelah masa sudah tamat dan diminta oleh pihak polis untuk berhenti.

Pada keseluruhannya semua hadirin menunjukkan rasa puas hati dengan penerangan yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang mana telah menggegarkan Kg Bukit Kecik.

Berikut adalah sedutan sebahagian dari
ceramah yang di sampaikan oleh Sdr Ezam


Friday, March 26, 2010

TANAH PERKUBURAN CHEROK TO’KUN BAWAH

Di kampung Cherok To’kun Bawah terdapat dua kawasan tanah perkuburan Islam iaitu:


1- PERKUBURAN LAMA ( TERLETAK DI BELAKANG & TEPI MESJID)

2-PERKUBURAN BARU (TERLETAK DI BELAKANG STESYEN MINYAK BP )

Kedua-dua kawasan perkuburan tersebut masih lagi digunakan dengan perkuburan lama agak padat sedikit dan perkuburan baru, cuma ada lebih kurang sepuloh kubur sahaja.

Pendu
duk Cherok To’kun sudah tentu akan memilih untuk mengkembumikan jenazah kaum keluarga mereka di kawasan perkuburan lama kerana ia terletak berhampiran dengan mesjid yang mana akan memudahkan mereka menziarahi kubur terutama pada hari lembaran.

Siapakah Yang Layak Untuk Di Kuburkan Di Kawasan Perkuburan Lama?

Setiausaha kariah Mesjid Jamek Cherok To’Kun, En Othman Bin Zakaria menerangkan bahawa syarat-syarat untuk jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Lama adalah seperti berikut:-

1 – Anak Tempatan yang nenek moyang mereka adalah berasal dari Cherok To’kun
2 – Menantu kepada anak tempatan di atas
3 – Suami/Isteri kepada anak tempatan
4 – Anak Cherok To’Kun yang tinggal di luar tetapi nenek moyang mereka berasal dari Cherok To’Kun dan jenazah nenek moyang mereka pun di kebumikan di situ.

Jelas lah sudah itulah syarat2 yang dikenakan oleh Jawatankuasa kariah Mesjid tentang kawasan kubur yang diperuntukan.

Saya mengeluarkan artikal ini adalah kerana mempersoalkan kenapa Allahyarhamah Norsiah isteri kepada Cikgu Badrul yang meninggal dunia semalam diarahkan oleh En Othman untuk dikebumikan di tanah perkuburan baru.

Cikgu Badrul yang tinggal di Kg Cherok To’Kun bawah lebih dari 10 tahun, merupakan Timbalan Ketua Umno Cawangan Cherok To’kun Bawah, Pengerusi Sekolah Agama, Jalan Kolam, Cherok To’kun dan Ahli Jawatankuasa JKKP Cherok To’Kun. Beliau juga adalah orang yang boleh dikatakan berjasa kepada kampung Cherok To’Kun.

Oleh yang demikian, mulai dari hari ini bagi mereka yang tinggal di Cherok To’Kun Bawah biarlah seratus tahun lamanya dan biarlah besar mana pun jasa anda, sekiranya anda bukanlah anak tempatan kampung ini dan nenek moyang anda bukan berasal di sini, jangalah berharap sekiranya anda meninggal dunia anda akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lama di tepi Mesjid.

Kita tunggu dan lihat, sekiranya perkara ini berlaku juga sudah pasti ia adalah satu penyelewengan kuasa oleh orang-orang tertentu dan sudah pasti kita akan laporkan kepada SPRM agar siasatan dilakukan.

Kita akan pantau dari masa ke semasa untuk memastikan soal memilih kubur tidak di politikan oleh pihak-pihak tertentu.

Al- Fatihah untuk Arwah Pn Norsiah isteri Cikgu Badrul Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh….. Aaaamin,,,,,,,

Wednesday, March 24, 2010

YB KULIM BANDAR BHARU MEMBUKA RAHSIA

RAMAI AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT LARI
KELUAR DEWAN SEMASA YB BANDAR BAHRU BERCAKAP
24 Mac 2010 tibalah giliran YB Zulkifli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Ketika membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong. Sila rujuk ke link dibawah utk berita penuh:-
Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam YB Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir secara kebetulan berada di bangunan Parlimen ketika Bandar Bharu membahas.
Kesempatan ini saya sempat merakamkan kenyataan Datuk Musa mengenai pembongkaran YB Zulkifli tentang fitnah dan ganjaran yg ditawarkan kepada beliau bagi membuat Surat Akuan Bersumpah membabitkan YAB DS Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya.
Berikut adalah kenyataan YB Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir

Dengan Pendedahan YB Zulkifli kita berharap pihak Polis dapat menyiasat tentang Surat Akuan Bersumpah Palsu yang membabitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan siapa kah yang menawarkan ganjaran yang besar kepada YB Zulkifki untuk berbuat demikian.

LIM GUAN ENG TAK HABIS-HABIS MENIPU

SUDAH-SUDAH LAH MENIPU
Kenyataan Datuk Musa Sheikh fadzir
Ketua Umno Bhg Bukit Mertajam
mengenai penipuan Lim Guan Eng
terhadap rakyat Pulau Pinang


Lim Guan Eng sekali lagi menipu Rakyat Pulau Pinang mengenai Pilihanraya PBT. Sebenarnya beliau sendiri telah mengetahui bahawa pilihanraya tersebut telah pun di mansuhkan sejak tahun 1976 lagi.

Mengapa beliau perlu rujuk kepada SPRM walaupun beliau telah tahu yg ia telah di mansuhkan. Tujuan beliau hanya lah untuk menyalahkan orang lain khasnya SPRM sekiranya pilihanraya tersebut tidak dapat diadakan.

Kalau beliau nak buat pilihanraya PBT juga buat lah sendiri, tak payah lah nak cari jalan untuk menipu rakyat Pulau Pinang dengan mengatakan SPRM tak dapat menguruskan Pilihanraya PBT tersebut.

Kita berharap rakyat Pulau Pinang bukan lah bodoh untuk ditipu oleh Lim Guan Eng.

Tuesday, March 23, 2010

MENGAPA MELATAH YANG BUKAN-BUKAN

LOMPAT PUNYA HAL



Suasana dalam sidang Dewan Rakyat hangat seketika bila Ahli Parlimen BN Kalabakan, Sabah Datuk Abdul Ghapur Salleh hentam Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim kerana marah namanya disebut sebagai salah seorang yang dikatakan hendak melompat masa Pelan 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pelik juga diantara 8 yang disebut oleh Bayan Baru, Kalabakan pula yang lebih melatah. Mengapa beliau terlalu emosional sedangkan DS Zahrain mengatakan apa yang Ketua Pembangkang memberitahu kepada beliau tentang Pelan 16 september 2008 yang menyebut Kalabakan adalah salah seorang yang akan melompat.


Orang ramai tentu hairan kenapa Kalabakan melatah teruk sangat.... ada apa-apa ke YB ??? Kalabakan sepatutnya marah pada Anwar Ibrahim kerana beliau lah yang memberitahu Zahrain tentang siapa yang nak lompat.


Itu yang susah, bila orang nak bagi penjelasan dia tak mahu bagi laluan. sebaliknya menyerang peribadi Zahrain.


Tak tau lah dengan Kalabakan ni..... bikin orang pening baa....


Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia

Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Dr Sulaiman daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.
Pengarah HKL Dr Zainanah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.
Allahyarham yang baru saja menyambut ulangtahun ke 77 pada 4hb Mac yang lalu meninggalkan empat anak iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) dan bekas Ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat perseketuan, bermula 19 hb Mac 1981.

Selain itu Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-1984 dan juga 1995-1999), Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan (1984-1986), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1989-1990) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (1990- 1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari Universiti of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi dengan kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.
-Bernama

Monday, March 22, 2010

PEMUDA UMNO BUKIT MERTAJAM BUAT LAPORAN POLIS

KERANA MELIBATKAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG DAN BEKAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

Bukit Mertajam 22hb Mac 2010

Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam telah membuat satu laporan Polis terhadap DS Anwar Ibrahim kerana pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru DS Zahrain Mohamed Hashim dalam parlimen baru-baru ini mengenai rancangan "16 September" yang diusahakan ketua pembangkan.

Dalam pendedahan Zahrain di parlimen minggu lepas, Anwar dikatakan mendakwa Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merestuii dirinya sebagai perdana menteri jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan.

Bercakap dalam sidang media selepas membuat laporan polis, Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam, Sdr Mohd Fauzi Bin Sharrif berkata, laporan Polis yang dibuatnya di Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda tadi adalah supaya pihak Polis dapat menyiasat apa yang telah di bongkarkan oleh DS Zahrain terhadap DS Anwar Ibrahim.

Jika benar apa yang dikatakan oleh YB Zahrain, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Angkatan Tentera Malaysia yang mana ia boleh mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau dan seterusnya menggugat keselamatan dalam negara.
Mohd Fauzi yang diiringi oleh lebih kurang 15 orang AJK Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam ditemui semasa membuat kenyataan akhbar selepas membuat laporan polis lebih kurang pukul 6.30 petang tadi.


JUARA RAKYAT BERSAMA AGENSI KERAJAAN UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM



UMNO MEMANG JUARA RAKYAT........


Bukit Mertajam 21hb mac 2010. UMNO Bahagian Bukit Mertajam telah menganjurkan Program Juara Rakyat bersama Jabatan & Agensi Kerajaan bertempat di Taman Sejahtera Bukit Mertajam.

Berbagai jabatan & agensi termasuk Bomba, Jabatan Kemajuan Masyarakat, IKBN, KEMAS, USM dan banyak lagi jabatan dan agensi kerajaan telah mengambil bahagian dengan membuka gerai pameran masing-masing.


Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Shahidan Kassim, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Malaysia.

Program yang di mulakan pada jam 8.00 pagi telah mendapat sambutan lebih dari 2,000 oranga penduduk setempat dan berdekatan.

Berbagai pertunjukan dan aktiviti telah dijalankan seperti Pertunjukan Motor Klasik, Pertunjukan Aksi Motor Lasak, Pertandingan Memasak, Mengubah Bunga telah diadakan pada sebelah pagi.


Di sebelah petang pula diadakan Pertandingan Tarik Tali, Karum dan Congkak.











Pada sebelah malam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 1 Malaysia Dari Prespektif Islam telah mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan.




Pada keseluruhan nya Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang telah di Pengerusikan oleh Sdr Ramlan Bin Ishak, Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam telah berjaya mencapai matlamat nya.
Tahniah kepada Sdr Ramlan dan AJK yang telah membantu beliau kerana telah berjaya merealasasikan program Juara Rakyat Umno Bahagian Bukit Mertajam.

Saturday, March 20, 2010

LIM GUAN ENG, PENIPU RAKYAT PULAU PINANG

BARISAN NASIONAL JANGAN JADI PENYU LAGI....... JADI LAH IBU AYAM, BERTELOR SEBIJI BIAR RIUH SEKAMPUNG



Seronoknya Lim Guan Eng sekali lagi menipu rakyat negeri Pulau Pinang dengan mengulakan warga emas sebanyakn RM100.00 SETAHUN bersamaan dengan RM8.33 sebulan beliau dengan bangga nya mengatakan “Julung kali dalam sejarah Pulau Pinang, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang diberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun.

Lim berkata kerajaan negerinya mampu berbuat demikian berdasarkan amalan belanjawan berhemah, jimat-cermat, urus tadbir baik melalui CAT (Cekap, Akauntabel, Telus) yang berpaksikan 'amar maa'ruf nahi mungkar'.

Dalam satu kenyataan medianya, Lim berkata, kerajaan negeri Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberi harapan baru kepada semua. (malaysiakini)

Ini adalah senarai bantuan kerajaan Barisan Nasional untuk keluarga kurang mampu yang disalurkan melalui pelbagai agensi;


* Bantuan Kanak-kanak istimewa - RM100 - RM450 sekeluarga sebulan
* Bantuan Orang Tua - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Anak Pelihara - RM250 seorang sebulan
* Elaun Pekerja Cacat - RM300 seorang sebulan
* Bantuan Am Persekutuan - RM80 - RM 350 sekeluarga sebulan
* Bantuan Khas - RM300 sebulan kepada penjaga OKU/Pesakit kronik yang terlantar
* Elaun peserta OKU - RM150 sebulan untuk program pemulihan dalam komuniti
* Geran Pelancaran Perniagaan -RM2,700
* Bantuan Alat Tiruan/Sokongan - Diberi PERCUMA
* Program Tambahan Makanan Seimbang untuk rakyat miskin - RM10 juta
* Bantuan Pengurusan Pusat PDK - RM252,000 setahun setiap pusat
(sumber dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua dikira setiap bulan, bukan setiap tahun )


Ramai yang lupa dan tak ambil tahu bahawa secara purata, kerajaan Barisan Nasional telah memberikan setiap isi rumah subsidi sebanyak RM12,300 setahun kerana BN seperti Penyu, bertelor sampai meleleh airmata tapi diam aje, tak macam LGE ikut resmi ayam betina, bertelor sebiji riuh sekampung....




Apa lu mau tipu sama Penang punya orang..... RM100.00 setahun sama RM12,300 setahun mana lebih banyak.

NI BARU ZAHRIN DAH KANTOOIII.........................


PEMBONGKARAN ZAHRAIN BUAT ANWAR LARI LINTANG PUKANG........

BELUM LAGI ZULKIFLI NORDIN...... HA.... HA.... HA.....








Mengapa kah Anwar melarikan diri sampai ke London? Sekiranya anak Jantan beliau harus tunggu untuk menjawab balik dakwaan Zahrain.


Pembohongan yang nyata oleh Penasihat PKR itu telah didedahkan di parlimen oleh Zahrain. Anwar telah melarikan diri, membuktikan yang beliau telah kantoi dan semua yang telah didedahkan adalah benar belaka. Muka Anwar klihatan pucat kerana malu dan menahan marah yg teramat sangat kerana tidak dapat menjawab kembali pendedahan yang di buat oleh Zahrain.


Itu belum lagi pendedahan oleh YB Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin yang telah memberi amaran bahawa persidangan Parlimen kali ini bakal meletup....


Kita tunggu dan lihat aje lah..................


Pesanan Zahrain kepada Anwar...March 18, 2010 : 08.41 PM---> petikan dri agendadaily



“You can fool some people some of the time, but you cannot fool all the people all the time,” begitulah pesan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Dalam sidang media di lobi parlimen, Khamis, Zahrain berkata, ayat itu juga yang sering diperkatakan berulangkali oleh Anwar kepadanya.
Menurutnya dia teringin dapat bercakap sendiri dengan Anwar sendiri tetapi malangnya Ketua Pembangkang itu sudah keluar negara.



“Saya harap rakan-rakan yang lain, tidak kira dalam PKR, PAS atau DAP sedar cepat. Dulu pandangan saya dikaburi . Saya percayakan Anwar dan mengikut sahaja trend dengan mempercayai reformasi akan berlaku.



“Saya kecewa, tetapi saya tahan. Yang saya tak boleh terima ialah apabila saya kritik dan tegur Menteri Pulau Pinang, saya diserang dan dimaki. That was it. Enough is enough . Jadi saya keluar..



“Tetapi apabila rasa curiga telah mengatasi kepercayaan, sudah masanya untuk keluar. Melihat perkembangan semasa, saya percaya ramai lagi akan meninggalkannya (Anwar),” katanya yang menegaskan pendedahan yang dibuat di parlimen kelmarin adalah untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk menyakiti hati kawan-kawan.



Apabila ditanya mengapa dulu dia tidak selantang sekarang, Zahrain berkata, “Dulu saya ahli parti, kena tow the line . Saya keluar dari parti baru boleh cakap. Kalau duduk dalam parti kena maki, tak kenalah,”



Diminta mengenai beberapa gelaran yang diberikan terhadapnya seperti BN’s attack dog (anjing suruhan BN) atau askar upahan BN, Zahrain berkata dia tak ambil peduli.
“Macam-macam gelaran dan nama murahan mereka beri. I can call names also tetapi kenalah jaga standarld sebagai Ahli Parlimen.”



Menurut Zahrain, walaupun beberapa ahli parlimen PR cuba menyekatnya daripada meneruskan pendedahan di dalam dewan, tidak seorangpun yang menafikan cerita tentang 16 September.



“Soalan mereka bodoh-bodoh dan mereka tidak menafikan apa yang saya kata. Ini kerana mereka semua tahu. Tetapi ramai juga yang tidak jelas dengan perkara sebenar mengenai 16 September dan hanya menjadi Pak Turut.



“Walaupun ada cubaan yang cuba menafikan pendedahan saya dengan mengatakan saya tidak duduk dalam, biro politik, depa kena ingat, saya ini kawan Anwar. Dia cerita kat saya. Saya sedia bersumpah dan cabar mereka untuk sama-sama bersumpah mengenai perkara ini.
“Kenyataan saya dalam dewan hanya untuk memberitahu semua orang mengapa saya meninggalkan parti. Apabila saya mengatakan sebab utama ialah kerana hilang keyakinan, saya mesti menjelaskan mengapa saya hilang keyakinan.



“Mereka boleh mereka cerita dan memfitnah orang tetapi apabila kita membawakan cerita yang benar, mereka tak dapat terima, Saya mahu rakyat mengetahui cerita sebenar. PKR menang kerana rakyat sudah tidak yakin dengan BN ketika itu, dan bukan kerana PKR bagus.
“Rakyat ketika itu mencari alternatif apabila mereka kecewa dengan BN. Itulah sebabnya saya rasakan perlunya kuasa ketiga dalam parlimen, iaitu membetulkan perkara. Kalau orang tak boleh terima, nasiblah. Saya hanya menjalankan tugas.”



Zahrain berkata, dia juga percaya ramai lagi akan keluar untuk membersihkan diri mereka dari najis. “Saya sudah bercakap dengan ramai orang. Bukan sahaja dari PKR tetapi juga parti lain. Ramai lagi yang kecewa dan tak puashati,” katanya. – 18/03/10.

PROGRAM JUARA RAKYAT


HARI BERSAMA AGENSI KERAJAAN


SATU PROGRAM JUARA RAKYAT ANJURAN UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM BERSAMA KEMAS DAN JASA BUKIT MERTAJAM AKAN DI ADAKAN SEPERTI BERIKUT:-

TARIKH : 21 HB MAC, 2010 (HARI AHAD)

MASA : DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 11.00 MALAM

TEMPAT : PADANG AWAM TAMAN SEJAHTERA , ALMA BT MERTAJAM

BERBAGAI ACARA AKAN DIADAKAN SEPERTI PAMERAN OLEH AGENSI2 KERAJAAN, PERTANDINGAN TARIK TALI (TERBUKA) , PERTUNJUKAN SUPERBIKE, PERTUNJUKAN AKSI MOTOR STUNT DARI "REMPIT"

PERTANDINGAN MEWARNA (KANAK-KANAK)

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA

PERTANDINGAN MEMASAK

PELUANG PEKERJAAN & TEMUDUGA TERBUKA

PENDAFTARAN KE UNIVERSITI

GERAI JUALAN BARANGAN DAN MAKANAN

DAN MACAM-MACAM LAGI..........

SEBELAH MALAM PULA AKAN DIADAKAN FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

CABUTAN BERTUAH SETIAP JAM......

JANGAN LUPA KITA RAMAI-RAMAI KESANA.............

Tuesday, March 16, 2010

RAJA PEREMPUAN SEDIH.........



Raja Perempuan: Pemimpin negeri tak lawat Sultan
Mac 16, 10 9:40AM (Malaysiakini)
Raja Perempuan melahirkan perasaan sedih dan kecewa dengan sikap pemimpin negeri yang tidak melawat Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra semasa menerima rawatan di Singapura.
http://malaysiakini.com/news/126632

KDYMM SULTAN KELANTAN


Sebagai seorang Islam kita berpegang kepada Rukun Islam dan Rukun Iman dan sebagai seorang rakyat Malaysia pula kita perlulah memegang kepada Rukun Negara.



Terlalu sibuk sangat kah Pemimpin2 negeri Kelantan sehingga tak sempat menziarahi KDYMM Sultan Kelantan yang sedang gering dan dirawat di sebuah hospital di Singapura.



Kalau Perdana Menteri YAB DS Najib yang memerintah negara bersama pemimpin2 pusat yang sibuk dengan tugas2 negara pun sempat meluangkan masa untuk melawat baginda sultan Kelantan, apakah sangat YB Menteri Besar dan pemimpin2 Kelantan yang hanya memerintah sebuah negeri terlalu sibuk sangat kah sehingga tak sempat berbuat demikian.



Mungkin mereka ini sibuk berceramah sehingga tak dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap Sultan. Bukan kah 'Kesetiaan kepada Raja Dan Negara' itu adalah prinsip Rukun Negara yang kedua??? Di mana kesetiaan mereka kepada raja.



Yang pelik nya mereka dapat meluangkan masa berada di Kuala Lumpur semata-mata untuk menemani dan memberi sokongan moral kepada sahabat mereka DS Anwar Ibrahim di tuduh di dalam kes LIWAT di mahkamah.


Alasan-alasan yang di kemukakan oleh mereka sudah pasti tidak boleh diterima oleh Sultan dan Rakyat Negeri Kelantan. Kita yakin rakyat kini telah nampak kepincangan mereka sebagai pemimpin dan mereka pasti akan dihukum dalam PRU 13 nanti.

Saturday, March 13, 2010

MENOLONG ANJING TERSEPIT


Alkisah tersebutlah satu cerita sepasang Anjing yang tinggal nun jauh di sebuah negara yang besar dan padat dengan warga anjing nya, Di negara Anjing sepet itu mereka berasa susah untuk mencari sesuap makan kerana terlalu banyak anjing-anjing kurap yang seangkatan dengan mereka.






Berkata lah sang Anjing Jantan kpd Anjing Betina nya"Wooh wooh... Aiyaa... sini banyak susah mau cari makan, Aku ingat mau ajak lu pi lain tempat la" maka berbincang lah mereka berdua ekor sepanjang malam... akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke tempat lain bagi meneruskan hidup yang melarat di tanahair yang terlalu padat dengan segala mak nenek anjing.


Maka bermula lah perjalanan anjing berdua ekor itu mengikut kaki berjalan dan berlari naik bukit.... turun bukit....., masuk hutan..... keluar hutan.... Memang dasar Sang Anjing kat mana pun boleh jadi, sambil berlari maupun sambil berjalan pun boleh jadi, maka dalam perjalanan itu maka anjing betina itu pun termengandung lah. Walaubagaimanapun perjalanan mesti diteruskan hingga lah Anjing Betina merasakan masa untuk beranak dah hampir tiba. Berkata lah Sang Betina pada lakinya "Aiya Darling, rasa puppies sudah mau keluar la, mesti mau cari tempat mau beranak"


Semasa berjalan mereka terpandang sebuah bangsal yang memang sesuai untuk anjing Betina beranak. Kelihatan seorang manusia berada dekat bangsal tersebut. Maka mereka pun menghampiri dan menegur orang itu, lalu Anjing Jantan meminta kebenaran untuk menumpang bangsal itu dan mereka berjanji akan keluar selepas Anjing Betina melahirkan anak.


Tuan Bangsal yang baik hati itu pun bersetuju untuk membenarkan Anjing Betina menumpang beranak di bangsal nya dan dia pun balik kerumah nya yang terletak agak jauh dari bangsal yg di gunakan utk berehat semasa bekerja di dusun nya.





Seminggu kemudian, tuan bangsal pergi untuk menebas di dusunnya dan apabila dia singgah di bangsal nya, dia dapati Anjing betina telah selamat melahirkan 8 ekor anak anjing semuanya. Macam tu lah bangsa Anjing sekali beranak bukan sikit-sikit, dan bertanyalah Tuan Bangsal pada anjing berdua itu "dah beranak dah pun, bila nak keluar". Maka merayulah anjing berdua itu agar di benarkan mereka duduk kat situ untuk sementara kerana anak-anak anjing tu tak boleh berjalan lagi. Tuan Bangsal yang baik hati itu pun berasa kasihan dan memberi kebenaran pada anjing-anjing tersebut untuk terus tinggal di bangsalnya untuk sementara waktu.


Setelah sebulan kemudian, Tuan bangsal pergi ke dusunnya lagi dan ternampak anak-anak anjing sedang bermain terlompat-lompat dekat bangsal miliknya. Tuan Bangsal pun mendekati bangsal tersebut dan bertanya kepada Mak Anjing "bila nak keluar kerana anak-anak anjingnya sudah boleh bermain dan berlari". Mak Anjing meminta tempoh sekali lagi kerana katanya anak-anak-anaknya tak boleh cari makan sendiri dan masih menyusu lagi, kesian la pulak Tuan bangsal pada anjing-anjing itu lalu membenarkan mereka untuk tinggal disitu buat beberapa ketika lagi.



Oleh kerana masaalah kesihatan, Tuan Bangsal tak dapat untuk ke dusun nya untuk sekian lama, Setelah kesihatannya pulih sepenuhnya terfikirlah dia untuk pergi melihat dusunnya yang telah lama dibiarkan. Setelah sampai ke dusunnya alangkah terkejut nya Tuan Bangsal apabila disergah oleh lapan ekor anjing, menyalak dan hendak mengigitnya sambil di perhatikan oleh kedua ekor anjing yang meminta kebenaran untuk tinggal di bangsal nya dahulu. Maka lari lah Tuan bangsal lintang pukang dikejar oleh anjing-anjing yang garang yang mereka ni tak tahu asal-usul mereka.


Begitu lah sifat anjing, mula-mula menumpang tempat orang lepas tu bila dah selesa dan boleh cari makan, depa nak jadi tuan pula. Marilah kita mengambil iktibar dari kisah anjing tadi. Teringat Peribahasa Melayu "Menolong Anjing Tersepit"



(umnojuara : Tembak aja anjing-anjing kurap yang tak mengenang budi tu)

Friday, March 12, 2010

PROGRAM SELANGKAH KE UiTM

UMNO JUARA RAKYAT


Biro Pendidikan UMNO Bahagian Bukit Mertajam dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA akan menganjurkan satu Program Ekspo Selangkah ke UiTM pada hari Sabtu 13hb Mac 2010 bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Ekspo ini bertujuan untuk meningkatkan pendedahan dan peluang kepada masyarakat Melayu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

Pameran oleh Fakulti/Jabatan dan Institut dalam UiTM akan di adakan semasa program tersebut.

Pada hari itu juga Pengambilan Pelajar-Pelajar ke Kursus Pra Sains dan Pra Perdagangang (4 Kepujian) akan diadakan.

Kepada adik-adik lepasan SPM yang layak dan berminat untuk meneruskan ke menara gading UiTM datang lah ke ekspo ini untuk membuat permohonan secara online disana.

Sila bawa Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa, Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Salinan Surat Beranak dan Salinan Slip Perperiksaan SPM untuk membuat permohonan terus pada hari tersebut.


Jangan Lupa.... UMNO JUARA RAKYAT

Tuesday, March 9, 2010

BUANG LAH PERASAAN HASAD DENGKI DAN BUSUK PERUT SESAMA ORANG UMNO

Dalam keadaan Umno sedang berusaha untuk memulihkan parti keramat peninggalan nenek moyang kita yang telah pernah banyak berjasa kepada bangsa Melayu ketika Presiden Umno, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan ahli2 MKT sedang berusaha bertungkus lumus untuk mengembalikan kepercayaan orang2 Melayu kepada Umno, kita pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan perlu bertanya apakah yang telah kita sumbangkan untuk membantu Presiden Umno kearah itu.


Sebenarnya kita di peringkat Bahagian dan cawangan lah yang paling dekat dengan rakyat. Peranan kita sebagai pemimpin di peringkat bawah ini adalah terlalu penting bagi membantu Presiden bagi merealasasikan usaha-usaha bagi mengukuhkan Umno.


Jangan ada lagi perasaan Busuk Perut di kalangan AJK Bahagian dan Cawangan. Tiap2 cawangan dan Bahagian ada Ketua dan AJK. Bersatulah untuk mencari jalan bagi memulihkan parti.


Ada ketua2 cawangan dan AJK Bahagian yang tidak senang melihat kawan2 dari cawangan lain mengadakan aktiviti, pada hal mereka tidak berusaha untuk berbuat demikian, mereka hanya pandai mengkritik apa yg orang lain lakukan tetapi aktiviti cawangan mereka apa pun tak dak.

Sehinggalah pihak Bahagian terpaksa mengadakan aktiviti-aktiviti bahagian di cawangan mereka.


Jangan lah dok berbangga dengan aktiviti-aktiviti yang di laksanakan oleh Bahagian di tempat kita, sepatutnya kita berasa malu kerana terpaksa menumpang usaha orang lain untuk popularkan cawangan kita.


Untuk menjadi Ketua Cawangan mestilah berdaya kreatif untuk mewujudkan program2 & aktiviti cawangan di tempat sendiri yang mana secara tidak langsung akan membuat rakyat tertarik untuk bersama kita.
Ketua-ketua Cawangan haruslah memberi kerjasama kepada Ketua Bahagian dan AJK yang telah diberi kepercayaan dan mandat untuk memimpin bahagian tersebut.
Dan diantara AJK2 pula jangan lah ada perasaan BUSUK PERUT sesama AJK. Jika kita tak boleh buat aktiviti sokonglah AJK yang nak buat aktiviti ataupun program. Jangan pula sekadar hanya menunggu untuk melihat kesilapan AJK lain yang mengadakan Program untuk membelasah dalam mensyuarat dan mengutuk padahal kita sendiri sepatutnya malu kerana kita lansung tak mampu untuk wujudkan program.
Sebesar mana pun usaha peminpin atasan untuk mengukuhkan UMNO tetapi sekiranya pemimpin di peringkat bawah masih menyimpan perasaan BUSUK PERUT maka UMNO akan terus lemah.

KERAJAAN NEGERI PR GAGAL DI PULAU PINANG

Kenyataan YB Senator Datuk Hj Musa Bin Hj Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bhg Bukit Mertajam merangkap Ketua Penerangan Umno Negeri Pulau Pinang.

Sunday, March 7, 2010

JUARA RAKYAT, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

KERAJAAN TAK JADI TARIK SUBSIDI MINYAK


Menurut dari sumber Malaysia Instinct, Pengumuman kerajaan pada Khamis lalu (4 Mac) yang membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum yang dibuat selepas menerima maklum balas negatif daripada rakyat.

Kerajaan komited untuk terus memberi subsidi 30 sen bagi setiap liter minyak yang dijual seperti yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini. Bagaimanapun, rakyat pada ketika ini telah menikmati subsidi lebih daripada kadar tersebut. http://www.malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=13330:syukur-kerajaan-dengar-suara-rakyat&catid=51:berita-utama&Itemid=29

Umnojuara pasti rakyat akan gembira dan berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri diatas keputusan ini dan diatas jasabaik dan budi kerajaan pasti akan mendapat balasan rakyat yang mengenang jasa kerajaan pada PRU ke 13 nanti.

Perkara ini telah menunjukkan keperihatinan kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib yang telah merealasasikan slogan JUARA RAKYAT, Rakyat Didahulukan Pencapaian di Utamakan bukan lah omongan kosong.
SYABAS YAB DATO' SERI MOHD NAJIB

Saturday, March 6, 2010

PKR PECAT ZULKIFLI NOORDIN

KENAPA PECAT YB ZULKIFLI NORDIN, AHLI PARLIMEN
KULIM BANDAR BHARU


Menurut berita dari Malaysiakini perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini. Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. http://malaysiakini.com/news/125864

Umnojuara sudah menduga perkara ini akan berlaku kerana YB Zulkifli Noordin adalah tergolong dari 10 orang Wakil Rakyat PKR yang di jangka akan keluar parti.

Untuk menjaga maruah parti, PKR telah mengambil keputusan untuk memecat ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu itu sebelum beliau membuat keputusan untuk keluar parti. Itu lah taktik yang dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa YB Zulkifli di pecat.


Walaubagaimanapun umum telah tahu bahawa YB Zulkifli adalah seorang Ahli Parlimen yang cukup tegas dengan pendiriannya.

Kita berharap Zulkifli akan terus berpegang dengan pendiriannya yang mempertahankan isu agama terutamanya isu kalimah Allah.

Kita juga percaya bahawa pengundi-pengundi di parlimen Kulim Bandar Bharu akan terus menyokong Zulkifli kerana ketegasan dan seorang yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.

Selamat Berjaya untuk YB Zulkifli Noordin

Friday, March 5, 2010

MARI KITA SAMA-SAMA SOLAT HAJAT UNTUK AHLI2 PARLIMEN YANG KELUAR DARI PKR

*
**
***
KALAU PAS NAK SEMBAHYANG HAJAT UNTUK YB MOHSIN DI HUKUM ALLAH, APA SALAHNYA KITA JUGA BERAMAI-RAMAI SEMBAHYANG HAJAT AGAR YB MOHSIN DI BERKATI DAN DILINDUNGI ALLAH KERANA MEMPERTAHANKAN ISU KALIMAH ALLAH.




"Malaysiakini telah melapurkan bahawa Ahli Majlis Syura PAS Ahmad Awang berkata pihaknya akan menganjurkan Solat hajat selama Tujuh malam supaya Ahli parlimen bagan Serai, YB Mohsin Fazli Samsuri diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan. sekiranya beliau tidak mengosongkan kerusi parlimen dalam tempoh 7 hari".

Ulama PAS telah mengunakan ugama untuk mengugut dan menakutkan umat Islam di Malaysia. Umnojuara yakin keikhlasan YB Mohsin keluar dari PKR setelah berbincang dan mendapat restu daripada pengundi-pengundi di Bagan Serai yang telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pinmpinan PKR dan DS Anwar Ibrahim terutama nya dalam isu Kalimah Allah.


Syabas kepada YB Mohsin, kerana pendirian beliau yang sungguh berani untuk mempertahankan kalimah Allah dan Ugama Islam, tidak seperti ketua nya yang bergelar Pak Syeikh dan ulama2 PAS yang sanggup melacurkan Islam bagi kepentingan politik mereka.


UMNOJUARA mengajak rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk sama-sama mengadakan Solat Hajat selama 7 malam juga, memohon agar YB Mohsin dan YB2 yang keluar dari PKR di lindungi dan diberkati ALLAH kerana berani keluar dari kemungkaran.







Tuesday, March 2, 2010

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PBR DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA VATERAN UMNO KAWASAN CHEROK TO'KUN

PENDUDUK CHEROK TO'KUN SUDAH BERANI KE PROGRAM UMNO

UMNO Bahagian Bukit Mertajam telah mengadakan satu program Penyerahan Kunci kepada penerima Program Bantuan Rumah (PBR) yang di kelolakan oleh RISDA dan Penyampaian Cenderahati kepada vateran-vateran Umno di sekitar Cherok To'Kun.





Program yang telah diadakan di sebelah Padang Awam, Jalan Kolam, Cherok To'Kun pada petang 28hb Februari telah mendapat perhatian penduduk untuk sama-sama berada dalam program tersebut. Seramai lebih kurang 300 orang telah menghadiri program ini.

Umno Cawangan Juara telah diberi peluang untuk menjadi tuan rumah dan mengelolakan program ini dengan di bantu oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam dan pihak RISDA.
Ketua Umno Cawangan JUARA, Cherok To'Kun, En Md Shukor Karim berkata "beliau sungguh kagum kerana Program yang diadakan kali ini telah mendapat sambutan luar biasa dari penduduk-penduduk Cherok To'Kun yang bererti penduduk-penduduk di kawasan ini telah berani untuk keluar untuk menyertai program-program anjuran Umno, dulu mereka ini takut untuk keluar ke program anjuran Umno kerana akan di cemuh dan di pulau oleh penduduk yang fanatik dengan Anwar Ibrahim"


"Cherok To'Kun adalah kampung DS Anwar Ibrahim dan telah menjadi kubu kuat PKR tapi sejak saya menerajui kempimpinan Umno Cwg Juara, saya berani katakan ia bukan lagi kubu kuat mereka, kerana kami telah dapat menarik 90 peratus pemuda Cherok To'Kun untuk berada bersama kami dan setiap program kami sejak kebelakangan ini mendapat sambutan yang sungguh mengalakan." kata Md Shukor lagi.

Ketua Pemuda Umno Cwg JUARA, Sdr Mohd Rustam Abdul Rahim dengan barisan pemuda nya
telah bertungkus lumus mengadakan persiapan dan menjadi urus setia untuk menjayakan program ini.
Sebanyak 55 buah rumah telah disiapkan oleh kerajaan pusat melalui RISDA dan diserahkan kepada penerima-penerima dan seramai 12 orang vateran Umno di kawasan Cherok To' Kun telah menerima cenderahati dan sijil Jasamu di kenang.



Program di mulakan pada pukul 2.30 petang dengan ceramah ugama sempena Maulidul Rasul oleh Ustaz Wan Hizam dari Sg Petani dan telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj Musa Bin Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bhg Bukit Mertajam.
Turut hadir adalah Sdr Ramlan Bin Ishak Timbalan Ketua Umno Bukit Mertajam, Sdr Mohd Fauzi Bin Sharrif Ketua Pemuda Umno Bhg Bukit Mertajam dan Pn Faridah Hussein Ketua Wanita Umno Bukit Mertajam. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah RISDA Pulau Pinang.













ALAHAI SATU SATU BIKIN KEPALA ANWAR PENING!!!!

VIDEO: Tan Tee Beng dan Fairuz keluar parti

Apa kah yang menyebabkan kedua-DUA mereka keluar dari PKR ???

Sila lapangkan masa untuk menonton video-video dibawah.

Monday, March 1, 2010

MALAM SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH

Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Malam Sekalung Budi Seuntai kasih bagi mengenangkan jasa-jasa pemimpin-pemimpin vateran Umno Pulau Pinang. Majlis Makan Malam yang telah diadakan di Convetion Centre, Sunday Carnival Seberang Jaya, Pulau Pinang di hadiri oleh lebih 1000 orang







Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri & Ketua Perhubungan Negeri Pulau Pinang telah mendahului penerima cendera hati diikuti dengan 36 orang pemimpin-pemimpin vateran yang lain.




Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang, YB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi turut hadir untuk menyampaikan cenderahati kepada penerima.



Turut hadir ialah Tim. Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainalabidin Othman, Bendahari, YB Tan Sri Mohd Noor Yakob dan Ketua Penerangan YB Senator datuk Musa Sheikh Fadzir.



DS Dr Datuk Dr Mohd Zahid Hamidi berucap bahawa seluruh ahli Umno Negeri Pulau Pinaamat berterima kasih kepada Tun Abdullah diatas jasa yang telah dilakukan oleh Tun. Sebagai Ketua Perhubungan yang baru, Zahid juga akan meneruskan perjuangan Pak Lah bagi memantapkan Umno Pulau Pinang.






Tun Abdullah juga telah melancarkan Buletin Mutiara yang di keluarkan oleh Biro Penerangan Umno Pulau Pinang dibawah pimpinan YB Senator Datuk Musa Sheikh fadzir.

MAULIDUL RASUL ANJURAN UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM BERJAYA MENYATUKAN UMMAH

TAHNIAH UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM


Jumaat 26hb Februari 2010. Umno Bahagian Bukit Mertajam dibawah pimpinan YB Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir telah berjaya mengadakan perarakan Maulidul Rasul mengelilingi Bandar Bukit Mertajam sambil berselawat dan berzikir.



Sebanyak 44 pasukan terdiri dari jabatan2 Kerajaan, NGO, Swasta dan Cawangan2 Umno di Parlimen Bukit Mertajam dengan peserta lebih dari 2000 orang telah mengambil bahagian dalam perarakan ini.


Perarakan yang yang diketuai oleh YB datuk Musa telah dimulakan selepas solat Asar iaitu pada Jam 5.30 petang bermula dari Sekolah Kebangsaan Sungai rambai mengelilingi bandar Bukit Mertajam melalui Jalan Sungai rambai ke Jalan Arumugam Pillai, Taman Ciku , Jalan Aston , Jalan Besar dan pusing balik dan berakhir di Mesjid Sungai Rambai pada jam lebih kurang 7.00 petang,



Perarakan dengan laungan Selawat keatas junjungan nabi Muhamad SAW dan berzikir telah mengegarkan Bandar Bukit Mertajam dan telah mendapat perhatian daripada penduduk-penduduk dan pengunjung bandar tersebut dan telah menyebabkan kesesakan lalulintas.



Menurut YB Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir " Perarakan yang telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Bukit Mertajam adalah program tahunan yang telah diadakan sejak dulu2 lagi, dan penyertaan pada kali ini telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya"



Katanya lagi "Ini menunjukkan bahawa orang-orang Melayu & Islam boleh bersatu dalam aktiviti keagamaan, ini juga telah menunjukkan mereka telah mula hilang keyakinan kepada kepimpinan Pakatan Pembangkang dan telah mula kembali menyertai aktiviti anjuran UMNO."