JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Friday, February 26, 2010

Sampah DAP Melaka Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang

Inilah dia kepala sosialis yang diagung agungkan oleh PAS haprak hingga menyamakan beliau bagaikan seorang khalifah.Sebenarnya akauntan buruk ini adalah pelarian politik,dinyahkan keluar dari Melaka kerana terlalu sikap beliau yang ultra kiasu,,chauvanist,keras kepala,diktakor,komunis dan dikhabarkan mengelapkan wang kutipan derma persatuan nelayan sebanyak 200 ribu.

Kepala sosialis ini dianggap sampah oleh rakyat Melaka, bukan sahaja Guan Eng malah isteri beliau turut sama disingkirkan dari memegang jawatan didalam parti.Yang menghairankan kenapa PAS terlalu menyanjungi kepala sosialis ini.Dia datang dari Melaka,jadi Ketua Menteri tunjuk eksyen nak ajar kepada rakyat negeri Pulau Pinang bagaimana mahu mentadbir negeri seolah
-olah di Pulau Pinang sudah ketandusan pemimpin untuk menjadi Ketua Menteri.


Dalam politik DAP Pulau Pinang,mana suara ketua perhubungan negeri Chow Kon Yeow atau pun Lim Hok Seng selaku timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang,mereka ini hanya dijadikan exco Exco Kerajaan tempatan, pengurusan lalulintas, dan alam sekitar dan Exco Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air dan Telekom) serta Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi).


Beliau ialah Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang. Suara mereka langsung tidak kedengaran barangkali memang wujud protes secara senyap didalam DAP Pulau Pinang.Dari sampah diangkat menjadi Khalifah,Pulau Pinang dipimpin oleh sampah rakyat Melaka dijadikan Ketua Menteri.


Pisau tidak terkejut dengan beberapa tindakan beliau yang jelas mencerminkan sikap ultra kiasu sejak dari kes TKM1 Fairus sehinggalah membuat beberapa kenyataan bohong diakhbar dan ceramah ceramah beliau.Sampah inilah menjadi berhala buat juak PAS dan banjingan pakatan haprak,apa saja yang keluar dari mulut beliau akan diangkat bagaikan wahyu yang harus dipercayai dan diikuti.


Malah jika ada dakwaan terhadap beliau maka akan ada anjing anjing belaan pakatan haprak terutamanya dari PAS akan menyalak kemarahan kerana tuannya di kritik.DAP dalam selingkohan haram cukup gemar mendatangi PAS dari belakang,kerana itu lah PAS tidak akan berani berkata apa apa kerana kesedapan dan tengelam dalam jimak politik haram mereka.


Walaupun dibohongi,diperkudakan PAS tetap berselera menadah diri untuk diperkudakan.Sampah inilah yang mendakwa bantuan kepada umat Islam 24juta,kemudian bersorak sakan oleh juak juak PAS,walhal akuntan buruk ini hanya bermain dengan angka angka besar untuk mengelapkan hati mereka.


Sampah inilah yang menuduh Utusan dan Umno membuat fitnah kerana kesilapan beliau turut sama bersekonkol dengan Malik Kasim untuk membatalkan perarakan,tetapi mengapa harus berbohong dan menuduh orang lain pula yang membuat fitnah.


Sampah inilah juga memberikan janji kepada penduduk Makmandin Kg Muhibah tetapi akan berakhir sepertimana Kg Buah Pala.Sampah ini telah menjadi terlalu kebal,masihkah anda ingat berkenaan kes TKM1 Fairus hinggakan Anwar berahi terpaksa memohon maaf kepada sampah ini.


Anwar yang dikatakan cukup taiko pun terpaksa pohon maaf,Selepas PRU12 Lim Guan Eng memberi hadiah kepada pengundi Pulau Pinang dengan memansuh saman terhadap penjaja 'Cina' dan kesalahan meletak kenderaan yang dikeluarkan sebelum 11 Mac 2008.Keputusan itu merupakan tindakan autokratik kerana ahli exco kerajaan negeri belum dibentuk dan belum dibawa ke dalam majlis mesyuarat sebagaimana tuntutan demokrasi. Sepatutnya ketua menteri menegakkan undang-undang dan tidak memihak kepada penjaja dan pemilik kenderaan yang melanggar undang-undang.
Petikan dari mykmu.net


Pisau kata " dengar cerita sampah ini pernah menyuruh jawatankuasa majlis sambutan maulidur rasul agar hanya menyediakan pinggan kertas untuk TYT Pulau Pinang,katanya apa beza gabenor dengan orang lain, betul ker? kalau tak 'betul' tak apalah "

Thursday, February 25, 2010

Pemuda Prihatin : Pemuda UMNO Bukit Mertajam bantu Hussain yang hidup sebatang kara

Ketua Pemuda UMNO Bhg Bt Mertajam Mohd Fauzi Sharif
mengatakan sesuatu untuk menenangkan En Hussain

BUKIT MERTAJAM – Dugaan dan cabaran adalah lumrah kehidupan yang akan dilalui oleh setiap insan. Begitu jualah hakikatnya apabila masih ada insan yang menghadapi situasi yang memeritkan.


Hussain Ahmad, 51, hidup sebatang kara di rumah pusaka peninggalan orang tuanya yang usang.Segala-galanya berubah apabila dirinya diserang penyakit gout pada 2005.


Menurutnya, episod malang yang menimpa diri menambahkan lagi keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya setiap hari. “Awal-awal penyakit dulu teruk juga sampai tidak boleh berjalan. Kaki saya mula membengkak hingga menyebabkan saya terpaksa merangkak untuk ke suatu tempat.“Mujurlah ada kawan-kawan dan jiran tetangga prihatin akan nasib yang menimpa. Merekalah yang banyak membantu saya dalam mengharungi kehidupan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pelanduk Jatuh, di sini.


Hussain berkata, dia hanya berharap kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM95 yang diterima sejak lebih setahun lalu untuk membeli segala keperluan.“Alhamdulillah, keadaan saya semakin pulih selepas makan ubat yang dibeli di kedai ubat Cina. Saya sudah mampu untuk berjalan walaupun keadaan tidak seaktif dahulu,” katanya.Tambahnya, dia tidak hanya bergantung kepada bantuan JKM semata-mata untuk meneruskan hidup kerana jumlah itu tidak mencukupi ekoran harga barang yang melambung tinggi kini.


Dia terpaksa melakukan kerja sambilan dengan menjual tin serta kotak terbuang yang dikutip dari kedai berhampiran untuk menambahkan pendapatan.Dia yang masih bujang berkata, skim pencen Ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak dapat diperoleh berikutan surat yang dikeluarkan pihak hospital ketika menjalani rawatan hilang dari simpanan.


Dalam pada itu, penderitaan yang ditanggung Hussain mendapat perhatian Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang mengunjungi rumahnya melalui Program Pemuda Prihatin, kelmarin.Ketuanya, Mohamad Fauzi Shariff berkata, lawatan pada hari itu bertujuan bagi meninjau keadaan Hussain untuk melihat jenis bantuan yang dapat diberikan.


Beliau berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan rumah baru melalui Projek Bantuan Rumah (PBR) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di atas tapak sedia ada.“Pada hari ini juga kami ada memberikan sedikit sumbangan berupa wang tunai selain barangan keperluan harian.


“Kami berharap agar JKM dapat mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah bantuan yang diberikan kepada Hussain memandangkan jumlah itu terlalu sedikit dan tidak cukup untuk menampung kehidupannya setiap hari.


“Selain itu, kami juga berharap agar Perkeso dapat mengkaji semula tentang keadaan Hussain bagi membolehkannya mendapatkan skim Pencen Ilat. Ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban selain membolehkan dia untuk mendapatkan rawatan yang lebih sempurna bagi merawat penyakit yang dihidapi,” katanya.Hadir sama, Ketua UMNO Cawangan Seri Bukit, Mohd Edi Izwandi Mohd Idrus dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seri Bukit, Ifan Zaini Md Tahar. -ihsan Pejuang bangsa
UMNO Cawangan Juara mengucapkan Syabas kpd Pemuda UMNO Bt Mertajam semoga diteruskan aktiviti ini bagi menjuarai hati rakyat.

Monday, February 22, 2010

PAKATAN RAKYAT DAH MULA JADI PENGACAU RAKYAT.....

Apa dah jadi dengan Pakatan Rakyat, mengacau tak kena tempat... Kalau dah tak mampu nak buat program jangan lah marah kalau Umno buat. Tak pernah pun Umno atau Pemuda UMNO buat kacau semasa PAS ataupun PKR buat Program.

Program yang di buat oleh Umno Permatang Pauh adalah untuk kebajikan rakyat Permatang Pauh dan diadakan di sekolah yang telah mendapat kebenaran dari Pejabat Pendidikan Daerah.

Apa salahnya kalau Program untuk Kebajikan Masyarakat setempat diadakan di sekolah. Dewan2 Orang ramai JKK telahpun dirampas dengan sombongnya oleh Pakatan Rakyat dan apakah PR sudi membenarkan program yang dianjurkan oleh Umno seperti itu diadakan di Dewan Orang Ramai yang dikuasai oleh mereka???

Sudah lah mengacau, pandai menipu pulak tu... tak baik macam tu bro....


TENGOK ni........



Penyokong Pakatan Rakyat dikatakan Melebihi 500 orang spt yg di tulis oleh
wartawan Suara Keadilan... (50 orang pun susah)

Belasan ribu anggota FRU yang siap sedia untuk
menggempur...
Rakyat boleh menilai sekarang itulah Pakatan Reput yang di anggotai oleh PAS, PKR & DAP.
(PR = PENGACAU RAKYAT)

Friday, February 19, 2010

MAJLIS MESRA RAKYAT

UMNO Cawangan JUARA sebagai tuan rumah dengan segala hormatnya menjemput tuan2 & puan2 seluruh Ahli-ahli UMNO dan semua penduduk Cherok To'kun untuk hadir ke MAJLIS MESRA RAKYAT yang akan diadakan pada 28 hb Februari 2010 (hari Ahad) JaM 3.00 petang bertempat di Perkarangan Rumah Cikgu Badrul, di Jalan Kolam, Cherok To'kun. (Bersebelahan dengan Padang Bolasepak)

Majlis akan bermula pada pukul 3.00 petang dengan Penyampaian Cenderahati kepada Pejuang2 Vateran UMNO dan Penyerahan Kunci Rumah PBR yang dikelolakan oleh UMNO Bahagian Bukit Mertajam dengan kerjasama RISDA.

Majlis akan disempurnakan oleh YB Senator Datuk Musa Bin Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam merangkap Ahli Dewan Negara.

Jamuan Petang akan diadakan dan marilah kita beramai-ramai hadir bagi menyerikan majlis ini,.

Wednesday, February 17, 2010

JEMPUTAN MAULIDUL RASUL

Jangan Lupa Perakan Maulidul Rasul anjuran Biro Ugama Dan Dakwah UMNO Bahagian Bukit Mertajam pada Hari Jumaat, 26hb Februari 2010 Jam 4.30 ptg bermula di Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai. UMNO Cawangan JUARA bersama Perwaris, dan Belia 4B Cherok To'kun menghantar satu kontijan bagi menyertai perarakan tersebut. Beramai-ramai lah kita mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.

Untuk keterangan lanjutsila hubungi En Rostam 012 4792410, Oni 012 4326436 ataupun Pn Norsiah 04 5394512

Friday, February 12, 2010

PULAU PINANG KITA....

Aduhai.... satu... satu... tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menunjukkan warna ideologi nya. Setelah gerai-gerai orang Melayu di roboh kini beliau telah membatalkan perarakan Maulidul Rasul oleh semua agensi-agensi kerajaan negeri.

Sebenarnya apa yang paling ditakutkan oleh Lim Guan Eng ialah orang-orang Melayu Bersatu, Beliau takut bahang Perhimpunan Orang-orang Melayu Jumaat dulu akan tempias pada hari perakan Maulidul rasul yang bakal diadakan.

Beliau dalam keadaan serba salah kerana jelas menunjukkan bahawa beliau curiga dengan orang-orang Melayu termasuk pegawai-pegawai kerajaan negerinya sendiri yang telah mula tidak selesa dengan pentadbiran beliau.

Orang Melayu Pulau Pinang harus mengambil iktibar dari tindakan-tindakan yang telah dibuat oleh Lim Guan Eng yang jelas menunjukkan beliau tidak perihatin terhadap orang-orang Melayu Pulau Pinang.

Tindakan beliau adalah satu Penghinaan kepada umat Islam dan Melayu, Umno sebuah parti orang-orang Melayu harus mengambil tanggungjawab untuk menafaat kan isu ini sebaik mungkin.

MELAYU PERLU BERSATU....... HIDUP MELAYU..................

Wednesday, February 10, 2010

UMNO bantah cadangan lantik Mansor sebagai Pengerusi PUZ

BUKIT MERTAJAM 8 Feb. - Badan Perhubungan UMNO negeri membantah cadangan kerajaan negeri melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kerana ia dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan pengerusi PUZ adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Oleh itu, katanya, ia sepatutnya tidak boleh diputuskan melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri seperti berlaku baru-baru ini.


Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim mengeluarkan surat berunsur arahan kepada MAIPP mengenai pelantikan itu walaupun beliau tiada locus standi untuk berbuat demikian.
"Pelantikan Pengerusi PUZ adalah hak mutlak MAIPP yang memiliki 100 peratus saham dalam PUZ bukannya ditentukan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri. Apa yang berlaku sekarang bercanggah dengan amalan pentadbiran sihat.

"Bagaimana Abdul Malik mengeluarkan surat kepada MAIPP supaya Mansor dilantik sedangkan beliau tiada locus standi memandangkan surat seumpama itu hanya boleh dikeluarkan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri?" katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi.
Mansor sebelum ini mengesahkan desas-desus mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai Pengerusi PUZ negeri, jawatan yang tradisinya disandang oleh Yang Dipertua MAIPP.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, sebahagian Ahli Lembaga Pengarah MAIPP yang bermesyuarat baru-baru ini menolak cadangan itu kerana berpendapat, PUZ sepatutnya diuruskan sendiri oleh MAIPP.
Ahli Lembaga Pengarah MAIPP dalam mesyuarat itu juga sebulat suara mahu perkara itu dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum keputusan muktamad dibuat.
Jawatan Yang Dipertua MAIPP kini disandang Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga bekas Pengarah Pusat Islam USM, Ellias Zakaria.
PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan syarikat milik penuh MAIPP dan dianggarkan memungut kutipan zakat mencecah RM40 juta setahun.

Menurut Ahmad Zahid, perkembangan tersebut menyebabkan kepimpinan dan kewibawaan kerajaan negeri diragui dalam memahami tanggungjawab tadbir urus zakat yang merupakan amanah daripada masyarakat Islam.

"Dari satu segi, cadangan pelantikan Mansor adalah tidak munasabah kerana beliau tiada kena mengena, malah tidak pernah menganggotai jawatankuasa MAIPP.
"UMNO negeri bersetuju agar jawatan Pengerusi PUZ disandang oleh Ellias yang mempunyai latar belakang tepat dan sudah menganggotai MAIPP sejak lebih 15 tahun," ujarnya.

Posted by umb.penang

PULAU PINANG KITA....

Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR telah menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang selama lebih kurang 2 tahun. Apakah depa telah menunaikan janji2 yang telah depa buat semasa pilihanraya ke 12 dan beberapa pilihhan raya kecil yang lalu kepada rakyat Pulau Pinang.


Kita masih ingat Anwar sebagai General mereka pada masa itu menjanjikan kepada penduduk Kg Buah pala yang masalah mereka akan diselesaikan sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah Pulau Pinang, kini mereka hampa kerana nasib mereka lebih buruk setelah Pakatan Rakyat memerintah. Begitu juga dengan janji-janji manis Lim Guan Eng yang tidak ditunaikan dan mungkin akan hanya tinggal janji. Tol Sungai Nyior yang dijanjikan oleh Guan Eng akan dihapuskan sekiranya mereka dapat memerintah masih lagi beroperasi seperti biasa.


Demontrasi memprotes
pentadbiran Lim Guan Eng


Perlu diingatkan bahawa kerusi ADUN Melayu dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang hanya ada 4 kerusi saja. Rakyat yang celik dan tak buta hati telah nampak tidak ada apa yang telah dan dapat dilakukan oleh ADUN2 Melayu Pakatan rakyat sehingga hari ini. Mereka tidak dapat membela nasib orang2 Melayu di Pulau Mutiara dan akhirnya Gerai2 Orang-orang Melayu diroboh oleh MPPP. Itu lah hadiah berharga dari Pakatan Rakyat kepada penduduk Melayu Pulau Pinang sebagai membalas jasa mereka yang telah memberikan undi kepada PR untuk memerintah negeri Pulau Pinang. Sebenarnya wakil rakyat Melayu Pakatan Rakyat hanya menjadi Pak Turut kepada DAP saja dan kita yakin mereka sebagai Wakil rakyat Melayu pasti menyesal dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap orang2 Melayu di Pulau Pinang dan ada diantara mereka telah berani untuk mempersoalkan tindakan2 Lim Guan Eng.




Cukup lah YB2, sekiranya anda tidak dapat melaksanakan tanggungjawab anda untuk membela nasib orang2 melayu di Pulau Pinang yg telah memilih anda semasa pilihanraya dahulu yang memerlukan anda untuk membela nasib mereka, keluarlah dari Pakatan Haram yang anda tidak akan boleh menunaikan tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat selagi anda bersama-sama mereka. Anda harus ingat yang anda perlu menjawab semasa di Padang Masyar nanti.




Kepada bangsaku Melayu, perkara2 yang telah berlaku jadikanlah iktibar... Mungkin kita tersilap untuk kali ini dan jangan lah kita tersilap dimasa akan datang.




Hanya UMNO yang dapat membela nasib orang-orang Melayu......

AKTIVITI BULAN INI



MAULIDUL RASUL


Satu Majlis Perarakan Maulidul Rasul anjuran Biro Ugama Dan Dakwah akan di adakan di Bukit Mertajam pada hari Jumaat 26hb Februari 2010 Jam 4.30 Petang.

Semua di minta berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai. Perarakan akan bermula disana menuju mengelilingi Pekan Bukit Mertajam dan akan berakhir di Mesjid Sungai Rambai.


Umno Cawangan JUARA bersama Pergerakan Belia 4B Cherok To'kun telah mengambil bahagian dalam perarakan tahun lepas dan telah mendapat Johan dalam kategori bukan jabatan kerajaan. Semoga pada tahun ini kita lebih bersedia dan dapat mempertahankan kejuaraan tahun lepas


--------------------------------------------


MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PBR & JASA MU DI KENANG




Satu majlis penyerahan kunci rumah PBR yang telah di kelolakan oleh RISDA dan Penghargaan kepada Vateran2 UMNO (Jasamu Dikenang) dikawasan Cherok To'kun akan diadakan di Perkarangan rumah Cikgu Badrul di Jalan Kolam. Cherok To'kun (Tepi Padang Bolasepak Awam, Cherok To'kun) pada hari Ahad 28 hb Februari 2010 Jam 3.00 petang.





sebuah Rumah PBR yg telah disiapkan di To'kun

Semua Penduduk Cherok To'kun dan penduduk berhampiran di jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis. Satu jamuan Minum Petang akan diadakan.

Saturday, February 6, 2010

MELAYU BOLEH BERJAYA TANPA UMNO ????????????

Kenyataan Akbar oleh Lim Guan Eng Pada 5hb Februari 2010

Setelah Perhimpunan yang telah dianjurkan oleh Gabungan Melayu SEDAQ yang berjaya mengumpul lebih dari 3000 orang bagi membantah pentadbiran Lim Guan Eng, (seperti biasa portal berita rasis Malaysiakini hanya melaporkan kehadiran 300 orang). Pada petang itu juga Lim Guan Eng telah membuat Press Conference yang mengatakan beliau tidak menghalang perhimpunan seperti itu berlaku selagi ia tidak mengancam keselamatan.

Beliau dengan Angkuh berkata " Orang-orang Melayu tidak perlukan UMNO untuk berjaya, Semasa di zaman Melaka yang Cermerlang, Gemilang & Terbilang mana ada UMNO.... "

Kata-kata biadap Lim Guan Eng yang masih mahu menipu orang-orang Melayu Pulau Pinang untuk mendapat sokongan supaya beliau dapat terus berkuasa di sini,

Lim Guan Eng harus ingat pada zaman pemerintahan Kesultanan Melaka orang-orang Melayu bersatu di bawah naungan Sultan yang amat berkuasa disamping Bendahara seperti Tun Perak dan Hulubalang-hulubalang yang handal seperti laksamana hang Tuah dan pada masa itu juga mana ada orang-orang China ataupun wakil-wakil dari DAP yang menjadi Ketua Menteri dan sebagainya.


Mengapa Lim Guan Eng tidak katakan kerana perpecahan orang-orang Melayu selepas itu lah menyebabkan Melaka telah beberapa kali di jajah oleh bangsa asing. Satu Kenyataan yang bodoh oleh Cina Melaka yg ingin berkuasa di Pulau Pinang bagi membutakan sejarah orang-orang Melayu


Sejarah membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang telah berjasa kepada orang-orang Melayu dari sebelum Merdeka, mencapai kemerdekaan dan sehingga sekarang. Tanya lah kepada orang-orang lama yang masih ada dan pernah melalui zaman YM Tunku Abdul Rahman semasa menuntut Kemerdekaan.


Orang-orang Melayu perlu bersatu agar kita tidak lagi di jajah semula oleh Bangsa asing sepertimana yang berlaku di Melaka yang dikatakan oleh Guan Eng sebagai Cermerlang, Gemilang & Terbilang.

Friday, February 5, 2010

SOKONG MEMBAWA REBAH

Lim Guan Eng yg terlalu disokong oleh puak-puak Melayu PKR & PAS hingga dapat menakluk Pulau Pinang pada PRU 12 telah menunjuk belangnya apabila gerai-gerai Melayu di Pulau Pinang telah REBAH...... itulah hadiah Lim Guan Eng diatas sokongan Melayu Pulau Pinang kepada Pakatan hapraknya.

Kira-kira lebih dari 1000 orang anggota berbagai pertubuhan bukan kerajaan termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang menamakan diri mereka “ Sedaq” telah mengadakan himpunan mengecam pentabiran Ketua Menteri Lim Guan Eng selepas solat Jumaat kerana didakwa diskriminasi terhadap peniaga melayu di negeri itu.Mereka membawa sepanduk dan kain rentang yang bertulis kata-kata mengecam Guan Eng semasa berarak dari Masjid jamek Simpang Enam menuju ke Komtar selain membakar patung Ketua Menteri itu.Turut serta ialah Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali.

Moga kesedaran dikalangan orang-0rang Melayu akan bermula ekoran daripada perkara-perkara yang telah dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang pimpinan LGE.
Bersatulah demi Agama Bangsa & Tanahair kita.

Hidup Melayu........


Thursday, February 4, 2010

Mencari Kebenaran.....
Segalanya telah bermula, sesungguhnya Allah
itu Maha Adil, Yang Benar tetap Benar... dan yang batil akan tetap menerima balasan di dunia maupun di akhirat. Sembahyang Hajat telah dilakukan, Bacaan yasin telah di sempurnakan memohon agar Allah menunjukkan kebenaran, Biarlah mahkamah menentukan.... .


Dua Wajah Yang Berbeza
Semasa di Mahkamah




Apa-apa keputusan pastinya diatas kehendak Allah SWT.... Manusia hanya Merancang, ALLAH juga yang Menentukan, Apa juga keputusan terimalah dengan dengan keredhaan....

Tuesday, February 2, 2010

JUARA TETAP JUARA

KEMBALI MENDEKATI UMNO




AKTIVITI SEPANJANG 2009





Golongan Muda telah mulai kembali menyertai aktiviti anjuran UMNO dalam
Program Sukan rakyat di Padang Awam Cherok To'kun






Penubuhan Pergerakan Belia 4B
Cherok To'kun oleh YB Senator Datuk Musa
bin Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bhg Bukit Mertajam




Kursus Mengurus Jenazah Lelaki diadakan di Mesjid Cherok To'kun Bawah anjuran KEMAS dan Pemuda UMNO cwg Juara


Majlis Jamuan Hari Raya Umno Cwg Juara
(Gambar: Ketua Cawangan & Ketua Pemuda IUmno Juara)


Penyampaian Zakat dan Sumbangan Beras sempena bulan Ramadhan 2009

Pemuda Memotong daging korban untuk diagihkan





Pertandingan Bolasepak 8 Sebelah Piala Senator Datuk Musa anjuran Pemuda Umno Juara




Di Ambang 2010, Majlis Menyambut Tahun Baru dan Penyerahan 40 Borang Ahli Baru oleh wakil kepada En Ramlan Ishak, Tim Ketua UMNO Bhg Bt Mertajam