JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Wednesday, February 10, 2010

AKTIVITI BULAN INI



MAULIDUL RASUL


Satu Majlis Perarakan Maulidul Rasul anjuran Biro Ugama Dan Dakwah akan di adakan di Bukit Mertajam pada hari Jumaat 26hb Februari 2010 Jam 4.30 Petang.

Semua di minta berkumpul di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai. Perarakan akan bermula disana menuju mengelilingi Pekan Bukit Mertajam dan akan berakhir di Mesjid Sungai Rambai.


Umno Cawangan JUARA bersama Pergerakan Belia 4B Cherok To'kun telah mengambil bahagian dalam perarakan tahun lepas dan telah mendapat Johan dalam kategori bukan jabatan kerajaan. Semoga pada tahun ini kita lebih bersedia dan dapat mempertahankan kejuaraan tahun lepas


--------------------------------------------


MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PBR & JASA MU DI KENANG




Satu majlis penyerahan kunci rumah PBR yang telah di kelolakan oleh RISDA dan Penghargaan kepada Vateran2 UMNO (Jasamu Dikenang) dikawasan Cherok To'kun akan diadakan di Perkarangan rumah Cikgu Badrul di Jalan Kolam. Cherok To'kun (Tepi Padang Bolasepak Awam, Cherok To'kun) pada hari Ahad 28 hb Februari 2010 Jam 3.00 petang.





sebuah Rumah PBR yg telah disiapkan di To'kun

Semua Penduduk Cherok To'kun dan penduduk berhampiran di jemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis. Satu jamuan Minum Petang akan diadakan.

No comments:

Post a Comment