JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Thursday, February 25, 2010

Pemuda Prihatin : Pemuda UMNO Bukit Mertajam bantu Hussain yang hidup sebatang kara

Ketua Pemuda UMNO Bhg Bt Mertajam Mohd Fauzi Sharif
mengatakan sesuatu untuk menenangkan En Hussain

BUKIT MERTAJAM – Dugaan dan cabaran adalah lumrah kehidupan yang akan dilalui oleh setiap insan. Begitu jualah hakikatnya apabila masih ada insan yang menghadapi situasi yang memeritkan.


Hussain Ahmad, 51, hidup sebatang kara di rumah pusaka peninggalan orang tuanya yang usang.Segala-galanya berubah apabila dirinya diserang penyakit gout pada 2005.


Menurutnya, episod malang yang menimpa diri menambahkan lagi keperitan hidup yang terpaksa dilaluinya setiap hari. “Awal-awal penyakit dulu teruk juga sampai tidak boleh berjalan. Kaki saya mula membengkak hingga menyebabkan saya terpaksa merangkak untuk ke suatu tempat.“Mujurlah ada kawan-kawan dan jiran tetangga prihatin akan nasib yang menimpa. Merekalah yang banyak membantu saya dalam mengharungi kehidupan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pelanduk Jatuh, di sini.


Hussain berkata, dia hanya berharap kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM95 yang diterima sejak lebih setahun lalu untuk membeli segala keperluan.“Alhamdulillah, keadaan saya semakin pulih selepas makan ubat yang dibeli di kedai ubat Cina. Saya sudah mampu untuk berjalan walaupun keadaan tidak seaktif dahulu,” katanya.Tambahnya, dia tidak hanya bergantung kepada bantuan JKM semata-mata untuk meneruskan hidup kerana jumlah itu tidak mencukupi ekoran harga barang yang melambung tinggi kini.


Dia terpaksa melakukan kerja sambilan dengan menjual tin serta kotak terbuang yang dikutip dari kedai berhampiran untuk menambahkan pendapatan.Dia yang masih bujang berkata, skim pencen Ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak dapat diperoleh berikutan surat yang dikeluarkan pihak hospital ketika menjalani rawatan hilang dari simpanan.


Dalam pada itu, penderitaan yang ditanggung Hussain mendapat perhatian Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang mengunjungi rumahnya melalui Program Pemuda Prihatin, kelmarin.Ketuanya, Mohamad Fauzi Shariff berkata, lawatan pada hari itu bertujuan bagi meninjau keadaan Hussain untuk melihat jenis bantuan yang dapat diberikan.


Beliau berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan rumah baru melalui Projek Bantuan Rumah (PBR) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di atas tapak sedia ada.“Pada hari ini juga kami ada memberikan sedikit sumbangan berupa wang tunai selain barangan keperluan harian.


“Kami berharap agar JKM dapat mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah bantuan yang diberikan kepada Hussain memandangkan jumlah itu terlalu sedikit dan tidak cukup untuk menampung kehidupannya setiap hari.


“Selain itu, kami juga berharap agar Perkeso dapat mengkaji semula tentang keadaan Hussain bagi membolehkannya mendapatkan skim Pencen Ilat. Ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban selain membolehkan dia untuk mendapatkan rawatan yang lebih sempurna bagi merawat penyakit yang dihidapi,” katanya.Hadir sama, Ketua UMNO Cawangan Seri Bukit, Mohd Edi Izwandi Mohd Idrus dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seri Bukit, Ifan Zaini Md Tahar. -ihsan Pejuang bangsa
UMNO Cawangan Juara mengucapkan Syabas kpd Pemuda UMNO Bt Mertajam semoga diteruskan aktiviti ini bagi menjuarai hati rakyat.

No comments:

Post a Comment