JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Saturday, February 6, 2010

MELAYU BOLEH BERJAYA TANPA UMNO ????????????

Kenyataan Akbar oleh Lim Guan Eng Pada 5hb Februari 2010

Setelah Perhimpunan yang telah dianjurkan oleh Gabungan Melayu SEDAQ yang berjaya mengumpul lebih dari 3000 orang bagi membantah pentadbiran Lim Guan Eng, (seperti biasa portal berita rasis Malaysiakini hanya melaporkan kehadiran 300 orang). Pada petang itu juga Lim Guan Eng telah membuat Press Conference yang mengatakan beliau tidak menghalang perhimpunan seperti itu berlaku selagi ia tidak mengancam keselamatan.

Beliau dengan Angkuh berkata " Orang-orang Melayu tidak perlukan UMNO untuk berjaya, Semasa di zaman Melaka yang Cermerlang, Gemilang & Terbilang mana ada UMNO.... "

Kata-kata biadap Lim Guan Eng yang masih mahu menipu orang-orang Melayu Pulau Pinang untuk mendapat sokongan supaya beliau dapat terus berkuasa di sini,

Lim Guan Eng harus ingat pada zaman pemerintahan Kesultanan Melaka orang-orang Melayu bersatu di bawah naungan Sultan yang amat berkuasa disamping Bendahara seperti Tun Perak dan Hulubalang-hulubalang yang handal seperti laksamana hang Tuah dan pada masa itu juga mana ada orang-orang China ataupun wakil-wakil dari DAP yang menjadi Ketua Menteri dan sebagainya.


Mengapa Lim Guan Eng tidak katakan kerana perpecahan orang-orang Melayu selepas itu lah menyebabkan Melaka telah beberapa kali di jajah oleh bangsa asing. Satu Kenyataan yang bodoh oleh Cina Melaka yg ingin berkuasa di Pulau Pinang bagi membutakan sejarah orang-orang Melayu


Sejarah membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang telah berjasa kepada orang-orang Melayu dari sebelum Merdeka, mencapai kemerdekaan dan sehingga sekarang. Tanya lah kepada orang-orang lama yang masih ada dan pernah melalui zaman YM Tunku Abdul Rahman semasa menuntut Kemerdekaan.


Orang-orang Melayu perlu bersatu agar kita tidak lagi di jajah semula oleh Bangsa asing sepertimana yang berlaku di Melaka yang dikatakan oleh Guan Eng sebagai Cermerlang, Gemilang & Terbilang.

No comments:

Post a Comment