JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Wednesday, February 10, 2010

UMNO bantah cadangan lantik Mansor sebagai Pengerusi PUZ

BUKIT MERTAJAM 8 Feb. - Badan Perhubungan UMNO negeri membantah cadangan kerajaan negeri melantik Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman sebagai Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kerana ia dikatakan bertentangan dengan amalan urus tadbir.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan pengerusi PUZ adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
Oleh itu, katanya, ia sepatutnya tidak boleh diputuskan melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri seperti berlaku baru-baru ini.


Beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim mengeluarkan surat berunsur arahan kepada MAIPP mengenai pelantikan itu walaupun beliau tiada locus standi untuk berbuat demikian.
"Pelantikan Pengerusi PUZ adalah hak mutlak MAIPP yang memiliki 100 peratus saham dalam PUZ bukannya ditentukan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri. Apa yang berlaku sekarang bercanggah dengan amalan pentadbiran sihat.

"Bagaimana Abdul Malik mengeluarkan surat kepada MAIPP supaya Mansor dilantik sedangkan beliau tiada locus standi memandangkan surat seumpama itu hanya boleh dikeluarkan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri?" katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini malam tadi.
Mansor sebelum ini mengesahkan desas-desus mengenai cadangan kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai Pengerusi PUZ negeri, jawatan yang tradisinya disandang oleh Yang Dipertua MAIPP.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, sebahagian Ahli Lembaga Pengarah MAIPP yang bermesyuarat baru-baru ini menolak cadangan itu kerana berpendapat, PUZ sepatutnya diuruskan sendiri oleh MAIPP.
Ahli Lembaga Pengarah MAIPP dalam mesyuarat itu juga sebulat suara mahu perkara itu dibincangkan dengan lebih lanjut sebelum keputusan muktamad dibuat.
Jawatan Yang Dipertua MAIPP kini disandang Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga bekas Pengarah Pusat Islam USM, Ellias Zakaria.
PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan syarikat milik penuh MAIPP dan dianggarkan memungut kutipan zakat mencecah RM40 juta setahun.

Menurut Ahmad Zahid, perkembangan tersebut menyebabkan kepimpinan dan kewibawaan kerajaan negeri diragui dalam memahami tanggungjawab tadbir urus zakat yang merupakan amanah daripada masyarakat Islam.

"Dari satu segi, cadangan pelantikan Mansor adalah tidak munasabah kerana beliau tiada kena mengena, malah tidak pernah menganggotai jawatankuasa MAIPP.
"UMNO negeri bersetuju agar jawatan Pengerusi PUZ disandang oleh Ellias yang mempunyai latar belakang tepat dan sudah menganggotai MAIPP sejak lebih 15 tahun," ujarnya.

Posted by umb.penang

No comments:

Post a Comment