JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Wednesday, April 28, 2010

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PRK HULU SELANGOR

HARI PENAMAAN CALON DI KUALA KUBU

-------------------------------------------------------------------

HIDUP BAEISAN NASIONAL



Taklimat pagi oleh YB Datuk Musa



Datuk Zainal dan rakan2 Bersama Pemimpin MIC Tempatan
minum sambil berborak





Sembahyang Asar bersama PM PM menjamu selera di Hulu Bernam



TS Koh Tsu Khoon dan pemimpin GERAKAN mengunjungi
Bilik Gerakan Pulau Pinang

TS Noor Yakob makan malam di Bilik Gerakan PP

PENCERAMAH-PENCERAMAH






Hai Dt Mus!!! JADI PENGADIL KA??



PENYANYI 60AN PUN TURUT
BERKEMPEN UNTUK BN



Banyak lagi foto akan di keluarkan nanti.............


































































































































































































































































































































































































































































0











































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Friday, April 23, 2010

JENTERA PILIHANRAYA PULAU PINANG HEBAT DI PRK P094 PARLIMEN HULU SELANGOR

Asalamualaikum kepada semua pengikut blog JUARA, saya mintak maaf kerana lama tidak menulis kerana terlibat dengan jentera pilihanraya kecil Hulu Selangor. Bukan apa, disamping sibuk mengikut jentera pilihanraya Pulau Pinang line untuk ekses ke internet susah kerana mungkin ramai yang mengunakannya.


Alhamdulillah kami baru sampai balik semalam dan hari ini baru berkesempatan untuk mengemaskini kan blog


Kami jentera pilihanraya Pulau Pinang ditugaskan menjaga kawasan Hulu Bernam yang melibatkan 6 peti undi iaitu Changkat Asa, Kg Hulu Bernam, Ladang Escot, Bandar Kalumpang, Kuala Kalumpang dan Kg Baru Kalumpang.


Seramai lebih kurang 115 orang petugas yang terdiri daripada Vateran, Wanita , Pemuda dan Puteri dari Pulau Pinang terlibat untuk membantu jentera kali ini.

Orang yang bertanggungjawab menyelaras dan mengerakkan jentera Pulau Pinang ialah YB Senator Datuk Musa Bin Sheikh Fadzir dan dibantu oleh Sdr Ramlan Ishak. Mereka lah yang berkerja keras menyusun startegi bagi petugas-petugas Pulau Pinang dalam kempen menawan Hulu Selangor dan Datuk Abdul Aziz Sheikh fadzir bertindak sebagai Bapak Angkat MKT.

Walaupun penat tetapi kami pulang dengan hati yang gembira kerana BN telah dapat merampas kembali kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor dari tangan pembangkang.

BN MENANG 26 peti undi daripada 47 peti undi

BN 24997
PKR 23272
BN menang majoriti 1725

Dengan kemenangan ini menunjukkan kepercayaan kepada YAB DS Najib Tun Abdul Razak dan BN telah kembali.

Tahniah BARISAN NASIONAL...

(Gambar-gambar semasa dari hari penamaan calon hinga ke hari mengundi akan kami paparkan nanti )

Thursday, April 15, 2010

JENTERA PILIHANRAYA UMNO PULAU PINANG TELAH BERTOLAK KE HULU SELANGOR

Tepat Jam 10.00 pagi tadi maka bertolak lah petugas-petugas Umno Pulau Pinang yang akan membantu jentera Pilihanraya Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor.

Seramai lebih 100 orang petugas umno dari seluruh Pulau Pinang dengan menaiki 2 buah bas dan beberapa buah Van dan kereta telah digunakan untuk membawa mereka ke Hulu Selangor.

Umno Pulau Pinang telah awal-awal lagi kesana kerana untuk beramai-ramai memberi sokongan moral semasa majlis pengumuman Calon Barisan Nasional yang dijangka akan diadakan pada petang hari jumaat 15hb April 2010 nanti.

Semoga perjalanan ke Hulu Selangor di pelihara Allah dan mudah-mudahan mereka semua selamat sampai kesana dengan selamat agar dapat membantu jentera Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya P94 Parlimen Hulu Selangor.

Monday, April 12, 2010

KETUA PERHUBUNGAN UMNO PULAU PINANG TERBANG MENAIKI JET FIGHTER

ZAHID TERBANG MENAIKI JET PEJUANG SUKHOI 30 MKN
Selamat berlepas


Bersedia untuk berlepas


Terbang tinggi di awan biru

Semua OK…April 12, 2010 : 10.07 AM

Cakap saja tak main .Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi nak cuba sendiri. Pagi Sabtu beliau menjadi orang awam pertama di negara ini yang berpeluang menaiki pesawat pejuang jenis Sukhoi 30 MKN. Tujuan beliau terbang ke udara selama 50 minit dipandu oleh juruterbang TUDM bukanlah untuk mencuba pesawat tempur canggih yang Malaysia beli dari Russia itu. Sebaliknya ia bertujuan untuk cuba sendiri pendaratan di landasan pengkalan TUDM di Gong Kedak.

Ini ekoran adanya dakwaan pembangkang kononnya landasan itu ada masalah hingga pesawat Suhkoi tidak boleh mendarat.Kata Zahid dakwaan itu tidak benar. Beliau menjelaskan sebenarnya ada satu kejadian terpencil pada peringkat awal berlaku dimana seketul batu mengenai enjin pesawat. Zahid yang membuat lawatan untuk meninjau pengkalan berkenaan berkata Gong Kedak akan dijadikan salah satu daripada pangkalan udara penting di Pantai Timur.

Turut serta ialah Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Radzali Daud. Kedudukan pengkalan Gong Kedah agak unik kerana pengkalannya terletak dalam daerah Besut di Terengganu manakala sebahagian landasannya termasuk dalam daerah Pasir Putih di negeri Kelantan.-11/4/2010 . Tujuan beliau terbang ke udara selama 50 minit dipandu oleh juruterbang TUDM bukanlah untuk mencuba pesawat tempur canggih yang Malaysia beli dari Russia itu. Sebaliknya ia bertujuan untuk cuba sendiri pendaratan di landasan pengkalan TUDM di Gong Kedak.

Ini ekoran adanya dakwaan pembangkang kononnya landasan itu ada masalah hingga pesawat Suhkoi tidak boleh mendarat.Kata Zahid dakwaan itu tidak benar. Beliau menjelaskan sebenarnya ada satu kejadian terpencil pada peringkat awal berlaku dimana seketul batu mengenai enjin pesawat. Zahid yang membuat lawatan untuk meninjau pengkalan berkenaan berkata Gong Kedak akan dijadikan salah satu daripada pangkalan udara penting di Pantai Timur.

Turut serta ialah Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Radzali Daud. Kedudukan pengkalan Gong Kedah agak unik kerana pengkalannya terletak dalam daerah Besut di Terengganu manakala sebahagian landasannya termasuk dalam daerah Pasir Putih di negeri Kelantan.
(Petikan dari Agendaily)
Hebat Dato' Seri, caya lah........

Sunday, April 11, 2010

PROGRAM WANITA UMNO BUKIT MERTAJAM PUN DI CHEROK TO'KUN JUGA


PROGRAM MESRA KELUARGA, REAKRASI & SUKANEKA WANITA UMNO BUKIT MERTAJAM.
Ahad-11hb April 2010, Wanita Umno Bahagian Bukit Mertajam telah mengadakan satu program untuk keluarga Wanita Umno bertempat di Hutan Lipur, Cherok To'Kun, Bukit Mertajam.

Program yang di beri nama MESRA KELUARGA, REAKRASI & SUKANEKA itu telah bermula pada jam 7.30 pagi. Seramai lebih 150 orang peserta mengambil bahagian dengan dimulakan dengan mendaki Bukit Mertajam mengikut jalan yang telah disediakan.

Berbagai aktiviti seperti pertandingan mengubah bunga, membuat puding dan biskut juga diadakan.

Baling betul-betul adik...



0Kak Nab... mengadili pertandingan membuat biskut
dan puding.. cengehnya!!! keputusan Pengadil adalah muktamad..


hai.. hj Talib.. dok gagah jugak, mcm naik kuda je...



Wow.... tere nya brother ni


Datuk Musa menyampaikan hadiah kepada pemenang

Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Musa Bin Sheikh Fadzir selaku Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam yang sentiasa memberi sokongan keatas program dan aktiviti yang dijalankan oleh wanita.

YB Datuk beramah mesra semasa wanita menjamu selera

Jamuan makan Tengah hari disaji dengan masakan ala kampung seperti Gulai Nangka, Gulai Ikan Kering, Ulam-ulaman, ikan Goreng dan Sambal Buah Konen hasil dari masakan AJK Wanita Umno Bukit Mertajam.

Ketua Wanita Umno Bahagian Bukit Mertajam Pn Faridah bt Md Hussain turut sama dalam program tersebut.

Program yang berakhir sekitar jam 2.00 petang itu mendapat sambutan yang mengalakkan dimana dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim diantara ahli dan menunjukkan kemesraan yang terjalin di kalangan wanita Umno Bukit Mertajam.
I

Friday, April 9, 2010

PILIHANRAYA KECIL P094 ULU SELANGOR

APAKAH TUJUAN JENTERA UMNO
KE ULU SELANGOR



Sepertimana yang telah diketahui dan telah dumumkan oleh YAB Perdana Menteri bahawa calon untuk pilihanraya kecil Ulu Selangor adalah daripada MIC.



Walaupun hasrat umno untuk menjadi calon di situ tetapi diatas semangat setiakawan yg telah lama terjalin diantara parti komponen, umno harus berkorban dan berkerja kuat bagi menentukan kemenangan untuk Barisan Nasional.



Kita perlu lihat siapakah pemimpin No. 1 Barisan Nasional yang bermakna kemenangan BN adalah kemenangan untuk Umno.



Umno Juara amat bersetuju dengan keputusan PM untuk meletakkan calon MIC dalam pilihanraya kecil Ulu Selangor kerana ia boleh menjadi pengukur kepada kemampuan Dato' Seri Najib dari segi sokongan rakyat kepada beliau.



Sekiranya BN menang dalam pilihanraya tersebut bermakna sejarah zaman kegemilangan BN sudah hampir berulang dan sekiranya BN tewas bermakna kita masih perlu berkerja kuat untuk menghadapi PRU ke 13.



Umno Negeri di seluruh Malaysia pasti akan menghantar petugas-petugas sebagai jentera BN bagi membantu memastikan kemenangan berpihak kepada BN.



Satu tugas yang paling penting oleh petugas Umno dalam kempen untuk pilihanraya kecil kali ini adalah bagaimana untuk memujuk orang-orang Melayu untuk mengundi Calon yang berketurunan India dari MIC.




Carilah formula apakah yang harus dijelaskan kepada pengundi-pengundi Melayu dalam kempen di Ulu Selangor nanti. Biarlah senada.... jentera umno dalam kempen nanti.



Sekiranya penjelasan yang akan diberikan dapat diterima dan memuaskan hati pengundi-pengundi Melayu disana Insyakallah, kemenangan akan berpihak kepada BN.











PEMIMPIN CHIKEDES

SEKEJAP ADA, SEKEJAP TIADA


PEMIMPIN PERLU TETAP PENDIRIAN



Seorang pemimpin tak kira lah samaada di peringkat cawangan, bahagian mahupun di peringkat tertinggi pun perlu konsisten dalam segala perkara membabitkan keputusan dan prinsip.


Sekiranya keputusan telah pun dibuat, jangan lah berubah-rubah. Pemimpin perlulah tegas semasa membuat keputusan, jangan pula keputusan dibuat kerana untuk menjaga hati seseorang tetapi sebenarnya beliau tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.


Kemudian pada masa yang lain pula menceritakan kepada orang lain yang dia tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat itu. Waktu ini lah para pembodek dan orang-orang yang mempunyai agenda akan menambah jarum mereka, berlakon menyokong pemimpin tersebut dengan menokok tambah cerita karut untuk mendapat perhatian dari pemimpin tersebut, tetapi pada hakikatnya semua itu adalah sandiwara dan lakonan semata-mata.


Pemimpin sebegini walaupun kuat pengaruhnya tetapi sering akan membuat pengikutnya berasa kecewa dan kecil hati. Dalam hati kecil pengikut mesti ada rasa tidak puas hati dan menyampah dengan lakonan pemimpin itu.


Perkara ini lah yang sering berlaku pada era ini. Di harapkan kita mendapat seorang pemimpin yang konsisten dalam wadah perjuangan umno yang dapat mempertahankan pendiriannya dalam segala perkara dan keputusan yang telah dibuat.


Pertahankan Keputusan & Tetapkan Pendirian. Keikhlasan seorang pemimpin akan menjadikan pemimpin itu di hormati dan di sanjungi.

Thursday, April 8, 2010

PEMIMPIN UMNO BUKIT MERTAJAM YANG HARUS DIKAGUMI


SDR RAMLAN BIN ISHAK,

TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM

Sdr Ramlan Ishak, Tim. Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam



Mengaminkan doa selamat masuk rumah bantuan PBR Risda



Malam Sekalung Budi Jamuan Makan Malam Untuk Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi

Seorang Pemimpin No 2 dalam Umno Bahagian Bukit Mertajam, Sdr Ramlan Ishak ataupun lebih dikenali dengan panggilan Pak wan adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam.

Kini sebagai pemimpin No. Dua dalam bahgian Bukit Mertajam, beliau tidak jemu-jemu berkerja tidak mengira waktu dan penat. Boleh dikatakan semua aktiviti-aktiviti umno bahagian telah di dokong oleh beliau.

Sebagai bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam, beliau telah banyak berjasa dan telah membawa sayap umno itu terkenal dengan banyak aktiviti-aktiviti pemuda yg telah diadakan semasa era beliau sebagai pemimpin pemuda bahagian.


Sebagai seorang yang suka berkerja, beliau selalu memberi sokongan dan galakkan kepada sayap-sayap umno dan cawangan-cawangan yang ingin mengadakan program dan aktiviti.

Program Juara Rakyat di Taman Sejahtera Bukit Mertajam



Kata-kata semangat kepada Puteri Umno Bt Mertajam dalam kursus Pidato di Cameron Highland.


Di Pejabat Pemuda Umno Malaysia di PWTC

Di peringkat negeri, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan Setiausaha Eksukutif 1, Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang yang bertangungjawab dalam perjalanan Umno negeri.


Tidak dapat disangkal oleh semua bahawa Sdr Ramlan telah dapat menjalankan tanggungjawab beliau dengan sempurna bersesuaian sepertimana dengan jawatan yang telah diberikan kepada nya.

Tuesday, April 6, 2010

EZAM MASUK CHEROK TO'KUN, PROGRAM PEMUDA UMNO JUARA


BICARA SANTAI BERSAMA SDR EAM MD NOR

EZAM MASUK CHEROK TO'KUN.............





Pemuda Umno Cawangan Juara telah mengadakan program Bicara Santai bersama Sdr Ezam Md Nor. Bekas Ketua Pemuda Keadilan yang telah meninggalkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Seramai lebih dari 50 orang penduduk Cherok To'kun telah awal-awal lagi menunggu kedatangan Sdr Ezam kerana ingin mendengar penjelasan daripada nya mengapa beliau telah meninggalkan DS Anwar Ibrahim dan PKR.


Cherok To'kun adalah kampung Dato' Seti Anwar Ibrahim yang pada satu masa dulu adalah kubu kuat PKR tetapi Alhamdulillah kehadiran pada majlis pada petang ini menunjukkan penduduk disini telah mula tidak percaya kepada PKR.


Bagi Sdr Ezam, beliau berasa bangga kerana inilah kali pertama beliau dapat masuk ke Cherok To'kun selepas keluar dari PKR. kata nya "Dulu semasa bersama PKR dia sering masuk ke kampung ini berceramah diatas pentas PKR di hadapan Galeri Perdana yang di bina oleh DS Anwar Ibrahim"


Majlis berjalan secara bersantai, sembang-sembang dalam suasana yang mesra diantara Sdr Ezam dan penduduk-penduduk Cherok To'kun. Banyak cerita telah diceritakan oleh Sdr Ezam kpd orang Cherok To'kun.


Beberapa soalan telah dikemukakan kepada Sdr Ezam dan telah mendapat jawapan dan penjelasan yang yang jelas dan memuaskan.


Turut hadir ialah YB Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam dan timbalannya Sdr Ramlan Bin Ishak yang sentiasa memberi sokongan padu kepada umno cawangan Juara dalam apa saja aktiviti yang telah dijalankan oleh umno cawangan ini.


Umno Cawangan Juara mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua-dua mereka diatas sokongan yang telah diberikan.