JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Tuesday, April 6, 2010

EZAM MASUK CHEROK TO'KUN, PROGRAM PEMUDA UMNO JUARA


BICARA SANTAI BERSAMA SDR EAM MD NOR

EZAM MASUK CHEROK TO'KUN.............





Pemuda Umno Cawangan Juara telah mengadakan program Bicara Santai bersama Sdr Ezam Md Nor. Bekas Ketua Pemuda Keadilan yang telah meninggalkan PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Seramai lebih dari 50 orang penduduk Cherok To'kun telah awal-awal lagi menunggu kedatangan Sdr Ezam kerana ingin mendengar penjelasan daripada nya mengapa beliau telah meninggalkan DS Anwar Ibrahim dan PKR.


Cherok To'kun adalah kampung Dato' Seti Anwar Ibrahim yang pada satu masa dulu adalah kubu kuat PKR tetapi Alhamdulillah kehadiran pada majlis pada petang ini menunjukkan penduduk disini telah mula tidak percaya kepada PKR.


Bagi Sdr Ezam, beliau berasa bangga kerana inilah kali pertama beliau dapat masuk ke Cherok To'kun selepas keluar dari PKR. kata nya "Dulu semasa bersama PKR dia sering masuk ke kampung ini berceramah diatas pentas PKR di hadapan Galeri Perdana yang di bina oleh DS Anwar Ibrahim"


Majlis berjalan secara bersantai, sembang-sembang dalam suasana yang mesra diantara Sdr Ezam dan penduduk-penduduk Cherok To'kun. Banyak cerita telah diceritakan oleh Sdr Ezam kpd orang Cherok To'kun.


Beberapa soalan telah dikemukakan kepada Sdr Ezam dan telah mendapat jawapan dan penjelasan yang yang jelas dan memuaskan.


Turut hadir ialah YB Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam dan timbalannya Sdr Ramlan Bin Ishak yang sentiasa memberi sokongan padu kepada umno cawangan Juara dalam apa saja aktiviti yang telah dijalankan oleh umno cawangan ini.


Umno Cawangan Juara mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kedua-dua mereka diatas sokongan yang telah diberikan.

No comments:

Post a Comment