JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Wednesday, March 31, 2010

TOLONG JAGAN MAIN ISU LAGI........ ZAHID



Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta media berbahasa Cina berhenti bermain isu kononnya Datuk Ahmad Ismail yang mungkin dipilih semula sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Bendera akan menimbulkan masalah kepada parti Gerakan di Pulau Pinang.

"Saya minta kes itu ditutup," kata Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu dalam sidang media bersama timbalannya Datuk Zainal Osman di lobi Parlimen, Rabu.
Beliau turut menafikan laporan membuat kenyataan menyokong Ahmad minta Gerakan negeri atau Malaysia supaya minta maaf.

Itu hanya tanggapan dalam laporan tersebut,” tegasnya.
Ahmad sebelum ini digantung daripada UMNO selama tiga tahun selepas mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan masyarakat Cina sebagai "pendatang" dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 selain peminta Gerakan keluar daripada komponen BN. Penggantungannya ditarik semula pada Disember tahun lalu.

Zahid juga menjelaskan, tindakan kesemua 36 ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Bendera meletakkan jawatan bukan desakan mana-mana pihak.

Tambahnya, kemasukan semula Ahmad akan dibuat mengikut prosedur, susulan peletakan jawatan oleh 36 anggota jawatankuasa bahagaian tersebut awal minggu ini.

Katanya, mesyuarat perhubungan akan diadakan pada 24 Mac ini. Menurutnya, jawatankuasa berkenaan perlu mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO untuk mengadakan pemilihan baru dan perkara itu kemudiannya akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi.-31/3/2010 (BERITA AGENDADAILY)

No comments:

Post a Comment