JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Tuesday, March 2, 2010

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PBR DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA VATERAN UMNO KAWASAN CHEROK TO'KUN

PENDUDUK CHEROK TO'KUN SUDAH BERANI KE PROGRAM UMNO

UMNO Bahagian Bukit Mertajam telah mengadakan satu program Penyerahan Kunci kepada penerima Program Bantuan Rumah (PBR) yang di kelolakan oleh RISDA dan Penyampaian Cenderahati kepada vateran-vateran Umno di sekitar Cherok To'Kun.





Program yang telah diadakan di sebelah Padang Awam, Jalan Kolam, Cherok To'Kun pada petang 28hb Februari telah mendapat perhatian penduduk untuk sama-sama berada dalam program tersebut. Seramai lebih kurang 300 orang telah menghadiri program ini.

Umno Cawangan Juara telah diberi peluang untuk menjadi tuan rumah dan mengelolakan program ini dengan di bantu oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam dan pihak RISDA.
Ketua Umno Cawangan JUARA, Cherok To'Kun, En Md Shukor Karim berkata "beliau sungguh kagum kerana Program yang diadakan kali ini telah mendapat sambutan luar biasa dari penduduk-penduduk Cherok To'Kun yang bererti penduduk-penduduk di kawasan ini telah berani untuk keluar untuk menyertai program-program anjuran Umno, dulu mereka ini takut untuk keluar ke program anjuran Umno kerana akan di cemuh dan di pulau oleh penduduk yang fanatik dengan Anwar Ibrahim"


"Cherok To'Kun adalah kampung DS Anwar Ibrahim dan telah menjadi kubu kuat PKR tapi sejak saya menerajui kempimpinan Umno Cwg Juara, saya berani katakan ia bukan lagi kubu kuat mereka, kerana kami telah dapat menarik 90 peratus pemuda Cherok To'Kun untuk berada bersama kami dan setiap program kami sejak kebelakangan ini mendapat sambutan yang sungguh mengalakan." kata Md Shukor lagi.

Ketua Pemuda Umno Cwg JUARA, Sdr Mohd Rustam Abdul Rahim dengan barisan pemuda nya
telah bertungkus lumus mengadakan persiapan dan menjadi urus setia untuk menjayakan program ini.
Sebanyak 55 buah rumah telah disiapkan oleh kerajaan pusat melalui RISDA dan diserahkan kepada penerima-penerima dan seramai 12 orang vateran Umno di kawasan Cherok To' Kun telah menerima cenderahati dan sijil Jasamu di kenang.



Program di mulakan pada pukul 2.30 petang dengan ceramah ugama sempena Maulidul Rasul oleh Ustaz Wan Hizam dari Sg Petani dan telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj Musa Bin Sheikh Fadzir, Ketua Umno Bhg Bukit Mertajam.
Turut hadir adalah Sdr Ramlan Bin Ishak Timbalan Ketua Umno Bukit Mertajam, Sdr Mohd Fauzi Bin Sharrif Ketua Pemuda Umno Bhg Bukit Mertajam dan Pn Faridah Hussein Ketua Wanita Umno Bukit Mertajam. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah RISDA Pulau Pinang.













No comments:

Post a Comment