JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Monday, March 22, 2010

JUARA RAKYAT BERSAMA AGENSI KERAJAAN UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM



UMNO MEMANG JUARA RAKYAT........


Bukit Mertajam 21hb mac 2010. UMNO Bahagian Bukit Mertajam telah menganjurkan Program Juara Rakyat bersama Jabatan & Agensi Kerajaan bertempat di Taman Sejahtera Bukit Mertajam.

Berbagai jabatan & agensi termasuk Bomba, Jabatan Kemajuan Masyarakat, IKBN, KEMAS, USM dan banyak lagi jabatan dan agensi kerajaan telah mengambil bahagian dengan membuka gerai pameran masing-masing.


Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Shahidan Kassim, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Malaysia.

Program yang di mulakan pada jam 8.00 pagi telah mendapat sambutan lebih dari 2,000 oranga penduduk setempat dan berdekatan.

Berbagai pertunjukan dan aktiviti telah dijalankan seperti Pertunjukan Motor Klasik, Pertunjukan Aksi Motor Lasak, Pertandingan Memasak, Mengubah Bunga telah diadakan pada sebelah pagi.


Di sebelah petang pula diadakan Pertandingan Tarik Tali, Karum dan Congkak.











Pada sebelah malam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 1 Malaysia Dari Prespektif Islam telah mendapat sambutan yang sungguh mengalakkan.




Pada keseluruhan nya Program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang telah di Pengerusikan oleh Sdr Ramlan Bin Ishak, Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam telah berjaya mencapai matlamat nya.
Tahniah kepada Sdr Ramlan dan AJK yang telah membantu beliau kerana telah berjaya merealasasikan program Juara Rakyat Umno Bahagian Bukit Mertajam.

No comments:

Post a Comment