JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Tuesday, March 30, 2010

UMNO BHG BUKIT MERTAJAM DAN PEMUDA MEMBUAT LAPORAN POLIS

LAPORAN TERHADAP SETIAUSAHA AGUNG PKR SHARIFUDDIN NASIUTION ISMAIL DAN KENYATAAN YB ZULKIFLI NORDIN DALAM PARLIMEN. 30HB MAC 2010 – Dua laporan Polis telah di buat oleh Umno Bahagian Bukit Mertajam dan sayap Pemuda nya di Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam pagi tadi.

Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan Umno bhg Bt Mertajam En Yaacob Ismail telah bertindak bagi pihak Umno Bahagian manakala Ketua Pemuda En Mohd Fauzi Sharrif mewakili pemuda bagi membuat laporan.

Umno Bahagian membuat laporan polis terhadap pembongkaran YB Zulkifli Nordin terhadap tawaran lumayan yang boleh mengugat iman beliau untuk membuat Surat Akuan Sumpah Palsu bagi memfitnah YAB Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam kes pembunuhan.

Manakala Pemuda pula membuat laporan terhadap Setiausaha Agung PKR yang telah mengeluarkan kenyataan bertulis bahawa Dato’ Seri Anwar telah difitnah dan mengedarkan lapuran kesihatan palsu terhadap Sdr Saiful dalam kes liwat membabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam Suara Keadilan.

Mohd Fauzi berkata kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih lagi dalam perbicaraan dan Sharifuddin tidak sepatutnya membuat kenyataan begitu yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah.

Umno Bahagian Bukit Mertajam meminta agar pihak polis dapat membuka fail dan menjalankan siasatan terhadap laporan yang telah di buat. Turut hadir bagi menunjukkan sokongan ialah Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam YB Senator Datuk Musa Bin Hj Sheikh Fadzir dan AJK serta ahli Umno Bukit Mertajam.

No comments:

Post a Comment