JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Monday, March 22, 2010

PEMUDA UMNO BUKIT MERTAJAM BUAT LAPORAN POLIS

KERANA MELIBATKAN KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG DAN BEKAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

Bukit Mertajam 22hb Mac 2010

Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam telah membuat satu laporan Polis terhadap DS Anwar Ibrahim kerana pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru DS Zahrain Mohamed Hashim dalam parlimen baru-baru ini mengenai rancangan "16 September" yang diusahakan ketua pembangkan.

Dalam pendedahan Zahrain di parlimen minggu lepas, Anwar dikatakan mendakwa Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merestuii dirinya sebagai perdana menteri jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan.

Bercakap dalam sidang media selepas membuat laporan polis, Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam, Sdr Mohd Fauzi Bin Sharrif berkata, laporan Polis yang dibuatnya di Ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bandar Perda tadi adalah supaya pihak Polis dapat menyiasat apa yang telah di bongkarkan oleh DS Zahrain terhadap DS Anwar Ibrahim.

Jika benar apa yang dikatakan oleh YB Zahrain, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dan Angkatan Tentera Malaysia yang mana ia boleh mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau dan seterusnya menggugat keselamatan dalam negara.
Mohd Fauzi yang diiringi oleh lebih kurang 15 orang AJK Pemuda Umno Bahagian Bukit Mertajam ditemui semasa membuat kenyataan akhbar selepas membuat laporan polis lebih kurang pukul 6.30 petang tadi.


No comments:

Post a Comment