JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Saturday, March 20, 2010

NI BARU ZAHRIN DAH KANTOOIII.........................


PEMBONGKARAN ZAHRAIN BUAT ANWAR LARI LINTANG PUKANG........

BELUM LAGI ZULKIFLI NORDIN...... HA.... HA.... HA.....








Mengapa kah Anwar melarikan diri sampai ke London? Sekiranya anak Jantan beliau harus tunggu untuk menjawab balik dakwaan Zahrain.


Pembohongan yang nyata oleh Penasihat PKR itu telah didedahkan di parlimen oleh Zahrain. Anwar telah melarikan diri, membuktikan yang beliau telah kantoi dan semua yang telah didedahkan adalah benar belaka. Muka Anwar klihatan pucat kerana malu dan menahan marah yg teramat sangat kerana tidak dapat menjawab kembali pendedahan yang di buat oleh Zahrain.


Itu belum lagi pendedahan oleh YB Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin yang telah memberi amaran bahawa persidangan Parlimen kali ini bakal meletup....


Kita tunggu dan lihat aje lah..................


Pesanan Zahrain kepada Anwar...March 18, 2010 : 08.41 PM---> petikan dri agendadaily



“You can fool some people some of the time, but you cannot fool all the people all the time,” begitulah pesan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Dalam sidang media di lobi parlimen, Khamis, Zahrain berkata, ayat itu juga yang sering diperkatakan berulangkali oleh Anwar kepadanya.
Menurutnya dia teringin dapat bercakap sendiri dengan Anwar sendiri tetapi malangnya Ketua Pembangkang itu sudah keluar negara.



“Saya harap rakan-rakan yang lain, tidak kira dalam PKR, PAS atau DAP sedar cepat. Dulu pandangan saya dikaburi . Saya percayakan Anwar dan mengikut sahaja trend dengan mempercayai reformasi akan berlaku.



“Saya kecewa, tetapi saya tahan. Yang saya tak boleh terima ialah apabila saya kritik dan tegur Menteri Pulau Pinang, saya diserang dan dimaki. That was it. Enough is enough . Jadi saya keluar..



“Tetapi apabila rasa curiga telah mengatasi kepercayaan, sudah masanya untuk keluar. Melihat perkembangan semasa, saya percaya ramai lagi akan meninggalkannya (Anwar),” katanya yang menegaskan pendedahan yang dibuat di parlimen kelmarin adalah untuk rakyat Malaysia dan bukan untuk menyakiti hati kawan-kawan.



Apabila ditanya mengapa dulu dia tidak selantang sekarang, Zahrain berkata, “Dulu saya ahli parti, kena tow the line . Saya keluar dari parti baru boleh cakap. Kalau duduk dalam parti kena maki, tak kenalah,”



Diminta mengenai beberapa gelaran yang diberikan terhadapnya seperti BN’s attack dog (anjing suruhan BN) atau askar upahan BN, Zahrain berkata dia tak ambil peduli.
“Macam-macam gelaran dan nama murahan mereka beri. I can call names also tetapi kenalah jaga standarld sebagai Ahli Parlimen.”



Menurut Zahrain, walaupun beberapa ahli parlimen PR cuba menyekatnya daripada meneruskan pendedahan di dalam dewan, tidak seorangpun yang menafikan cerita tentang 16 September.



“Soalan mereka bodoh-bodoh dan mereka tidak menafikan apa yang saya kata. Ini kerana mereka semua tahu. Tetapi ramai juga yang tidak jelas dengan perkara sebenar mengenai 16 September dan hanya menjadi Pak Turut.



“Walaupun ada cubaan yang cuba menafikan pendedahan saya dengan mengatakan saya tidak duduk dalam, biro politik, depa kena ingat, saya ini kawan Anwar. Dia cerita kat saya. Saya sedia bersumpah dan cabar mereka untuk sama-sama bersumpah mengenai perkara ini.
“Kenyataan saya dalam dewan hanya untuk memberitahu semua orang mengapa saya meninggalkan parti. Apabila saya mengatakan sebab utama ialah kerana hilang keyakinan, saya mesti menjelaskan mengapa saya hilang keyakinan.



“Mereka boleh mereka cerita dan memfitnah orang tetapi apabila kita membawakan cerita yang benar, mereka tak dapat terima, Saya mahu rakyat mengetahui cerita sebenar. PKR menang kerana rakyat sudah tidak yakin dengan BN ketika itu, dan bukan kerana PKR bagus.
“Rakyat ketika itu mencari alternatif apabila mereka kecewa dengan BN. Itulah sebabnya saya rasakan perlunya kuasa ketiga dalam parlimen, iaitu membetulkan perkara. Kalau orang tak boleh terima, nasiblah. Saya hanya menjalankan tugas.”



Zahrain berkata, dia juga percaya ramai lagi akan keluar untuk membersihkan diri mereka dari najis. “Saya sudah bercakap dengan ramai orang. Bukan sahaja dari PKR tetapi juga parti lain. Ramai lagi yang kecewa dan tak puashati,” katanya. – 18/03/10.

No comments:

Post a Comment