JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Tuesday, March 9, 2010

BUANG LAH PERASAAN HASAD DENGKI DAN BUSUK PERUT SESAMA ORANG UMNO

Dalam keadaan Umno sedang berusaha untuk memulihkan parti keramat peninggalan nenek moyang kita yang telah pernah banyak berjasa kepada bangsa Melayu ketika Presiden Umno, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan ahli2 MKT sedang berusaha bertungkus lumus untuk mengembalikan kepercayaan orang2 Melayu kepada Umno, kita pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan perlu bertanya apakah yang telah kita sumbangkan untuk membantu Presiden Umno kearah itu.


Sebenarnya kita di peringkat Bahagian dan cawangan lah yang paling dekat dengan rakyat. Peranan kita sebagai pemimpin di peringkat bawah ini adalah terlalu penting bagi membantu Presiden bagi merealasasikan usaha-usaha bagi mengukuhkan Umno.


Jangan ada lagi perasaan Busuk Perut di kalangan AJK Bahagian dan Cawangan. Tiap2 cawangan dan Bahagian ada Ketua dan AJK. Bersatulah untuk mencari jalan bagi memulihkan parti.


Ada ketua2 cawangan dan AJK Bahagian yang tidak senang melihat kawan2 dari cawangan lain mengadakan aktiviti, pada hal mereka tidak berusaha untuk berbuat demikian, mereka hanya pandai mengkritik apa yg orang lain lakukan tetapi aktiviti cawangan mereka apa pun tak dak.

Sehinggalah pihak Bahagian terpaksa mengadakan aktiviti-aktiviti bahagian di cawangan mereka.


Jangan lah dok berbangga dengan aktiviti-aktiviti yang di laksanakan oleh Bahagian di tempat kita, sepatutnya kita berasa malu kerana terpaksa menumpang usaha orang lain untuk popularkan cawangan kita.


Untuk menjadi Ketua Cawangan mestilah berdaya kreatif untuk mewujudkan program2 & aktiviti cawangan di tempat sendiri yang mana secara tidak langsung akan membuat rakyat tertarik untuk bersama kita.
Ketua-ketua Cawangan haruslah memberi kerjasama kepada Ketua Bahagian dan AJK yang telah diberi kepercayaan dan mandat untuk memimpin bahagian tersebut.
Dan diantara AJK2 pula jangan lah ada perasaan BUSUK PERUT sesama AJK. Jika kita tak boleh buat aktiviti sokonglah AJK yang nak buat aktiviti ataupun program. Jangan pula sekadar hanya menunggu untuk melihat kesilapan AJK lain yang mengadakan Program untuk membelasah dalam mensyuarat dan mengutuk padahal kita sendiri sepatutnya malu kerana kita lansung tak mampu untuk wujudkan program.
Sebesar mana pun usaha peminpin atasan untuk mengukuhkan UMNO tetapi sekiranya pemimpin di peringkat bawah masih menyimpan perasaan BUSUK PERUT maka UMNO akan terus lemah.

1 comment:

  1. untuk mengkritik memang mudah, bila nak buat sesuatu banyak berdolak dalih.. jangan dok asyik berpolitik sehingga lupakan tanggungjawab

    ReplyDelete