JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Monday, March 1, 2010

MAULIDUL RASUL ANJURAN UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM BERJAYA MENYATUKAN UMMAH

TAHNIAH UMNO BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM


Jumaat 26hb Februari 2010. Umno Bahagian Bukit Mertajam dibawah pimpinan YB Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir telah berjaya mengadakan perarakan Maulidul Rasul mengelilingi Bandar Bukit Mertajam sambil berselawat dan berzikir.



Sebanyak 44 pasukan terdiri dari jabatan2 Kerajaan, NGO, Swasta dan Cawangan2 Umno di Parlimen Bukit Mertajam dengan peserta lebih dari 2000 orang telah mengambil bahagian dalam perarakan ini.


Perarakan yang yang diketuai oleh YB datuk Musa telah dimulakan selepas solat Asar iaitu pada Jam 5.30 petang bermula dari Sekolah Kebangsaan Sungai rambai mengelilingi bandar Bukit Mertajam melalui Jalan Sungai rambai ke Jalan Arumugam Pillai, Taman Ciku , Jalan Aston , Jalan Besar dan pusing balik dan berakhir di Mesjid Sungai Rambai pada jam lebih kurang 7.00 petang,



Perarakan dengan laungan Selawat keatas junjungan nabi Muhamad SAW dan berzikir telah mengegarkan Bandar Bukit Mertajam dan telah mendapat perhatian daripada penduduk-penduduk dan pengunjung bandar tersebut dan telah menyebabkan kesesakan lalulintas.



Menurut YB Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir " Perarakan yang telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Bukit Mertajam adalah program tahunan yang telah diadakan sejak dulu2 lagi, dan penyertaan pada kali ini telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya"



Katanya lagi "Ini menunjukkan bahawa orang-orang Melayu & Islam boleh bersatu dalam aktiviti keagamaan, ini juga telah menunjukkan mereka telah mula hilang keyakinan kepada kepimpinan Pakatan Pembangkang dan telah mula kembali menyertai aktiviti anjuran UMNO."












No comments:

Post a Comment