JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Friday, March 26, 2010

TANAH PERKUBURAN CHEROK TO’KUN BAWAH

Di kampung Cherok To’kun Bawah terdapat dua kawasan tanah perkuburan Islam iaitu:


1- PERKUBURAN LAMA ( TERLETAK DI BELAKANG & TEPI MESJID)

2-PERKUBURAN BARU (TERLETAK DI BELAKANG STESYEN MINYAK BP )

Kedua-dua kawasan perkuburan tersebut masih lagi digunakan dengan perkuburan lama agak padat sedikit dan perkuburan baru, cuma ada lebih kurang sepuloh kubur sahaja.

Pendu
duk Cherok To’kun sudah tentu akan memilih untuk mengkembumikan jenazah kaum keluarga mereka di kawasan perkuburan lama kerana ia terletak berhampiran dengan mesjid yang mana akan memudahkan mereka menziarahi kubur terutama pada hari lembaran.

Siapakah Yang Layak Untuk Di Kuburkan Di Kawasan Perkuburan Lama?

Setiausaha kariah Mesjid Jamek Cherok To’Kun, En Othman Bin Zakaria menerangkan bahawa syarat-syarat untuk jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Lama adalah seperti berikut:-

1 – Anak Tempatan yang nenek moyang mereka adalah berasal dari Cherok To’kun
2 – Menantu kepada anak tempatan di atas
3 – Suami/Isteri kepada anak tempatan
4 – Anak Cherok To’Kun yang tinggal di luar tetapi nenek moyang mereka berasal dari Cherok To’Kun dan jenazah nenek moyang mereka pun di kebumikan di situ.

Jelas lah sudah itulah syarat2 yang dikenakan oleh Jawatankuasa kariah Mesjid tentang kawasan kubur yang diperuntukan.

Saya mengeluarkan artikal ini adalah kerana mempersoalkan kenapa Allahyarhamah Norsiah isteri kepada Cikgu Badrul yang meninggal dunia semalam diarahkan oleh En Othman untuk dikebumikan di tanah perkuburan baru.

Cikgu Badrul yang tinggal di Kg Cherok To’Kun bawah lebih dari 10 tahun, merupakan Timbalan Ketua Umno Cawangan Cherok To’kun Bawah, Pengerusi Sekolah Agama, Jalan Kolam, Cherok To’kun dan Ahli Jawatankuasa JKKP Cherok To’Kun. Beliau juga adalah orang yang boleh dikatakan berjasa kepada kampung Cherok To’Kun.

Oleh yang demikian, mulai dari hari ini bagi mereka yang tinggal di Cherok To’Kun Bawah biarlah seratus tahun lamanya dan biarlah besar mana pun jasa anda, sekiranya anda bukanlah anak tempatan kampung ini dan nenek moyang anda bukan berasal di sini, jangalah berharap sekiranya anda meninggal dunia anda akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Lama di tepi Mesjid.

Kita tunggu dan lihat, sekiranya perkara ini berlaku juga sudah pasti ia adalah satu penyelewengan kuasa oleh orang-orang tertentu dan sudah pasti kita akan laporkan kepada SPRM agar siasatan dilakukan.

Kita akan pantau dari masa ke semasa untuk memastikan soal memilih kubur tidak di politikan oleh pihak-pihak tertentu.

Al- Fatihah untuk Arwah Pn Norsiah isteri Cikgu Badrul Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh….. Aaaamin,,,,,,,

No comments:

Post a Comment