JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Saturday, March 27, 2010

PELAKON HANDALAN DAN PETUALANG DALAM UMNO

AKAN MENJADIKAN UMNO LEMAH DAN LINGKUP........

Mereka ini adalah kompolan yang pandai melobi dan mengatur untuk memenangi sesuatu jawatan dalam Umno, lakonan mereka bukan main lagi, mengalahkan film star MGR dan Sharukh Khan. Mereka bergerak dalam kompolan tertentu dan berkempen untuk memastikan ahli kompolan mereka akan berjaya. Kempen dengan menyerang peribadi dan memburuk-burukan lawan menjadi mainan mulut mereka.




Pada musim pertandingan, ketua-ketua cawangan dan perwakilan akan sibuk menerima kedatangan mereka ini. Kedai-kedai kopi dan warung-warung akan memperolehi rezeki yang lebih lumayan pada musim ini kerana di situ lah akan menjadi pentas Umpat mengumpat sesama orang umno. Bukan main rajin lagi mereka ini turun ke padang setiap hari dari pagi hingga ke waktu subuh besok. Kalau dilihat betapa rajinnya mereka turun ke padang pada waktu itu, pasti para perwakilan dan ketua cawangan akan cair... menganggap mereka juga akan bekerja sepertimana mereka turun ke padang semasa musim pemilihan.


Setelah mereka menang dalam pemilihan semasa persidangan agung bererti mereka telah diberi amanah dan kepercayaan oleh para perwakilan untuk memegang jawatan yang ditandingi dan setengah daripada mereka pula telah di lantik oleh tok ketua yang berkuasa untuk melantik bagi memegang jawatan tertentu.


Bukan main berbangga lah mereka kerana usaha gigih mereka, ahli kompolan mereka yang bertanding menang dan yang tak bertanding pula dilantik oleh tok ketua untuk memegang jawatan penting dalam bahagian.


Alangkah molek, sekiranya mereka yang sanggup bekerja keras semasa kempen pemilihan merebut jawatan dalam parti, bekerja keras pula untuk merebut kerja-kerja untuk dilakukan dalam umno.


Ini lain pulah jadinya, mesyuarat dan program lebih tak hadir dari yang hadir, bila ditanya kenapa tak hadir jawabnya mudah, aku kena cari makan untuk anak bini aku dulu.... Laporan jangan harap lah...... bila sampai giliran menjawab buat selamba je... tapi bila masa orang lain bentang pandai pulak dia sergah dan komen, Muka tak Malu, Kepala Bapak Dia..... Ada pula kerjanya orang lain yang kena buat sebab tak punyai pengetahuan dalam bidang tersebut tapi nak pegang juga jawatan tu, bukan apa, ada maasyuuk... dan macam-macam lagi lah.



Lakonan bukan main lagi, kalau didepan tok ketua mereka lah jaguh seolah-olah semua kerja-kerja mereka lah yang buat. Dan kalau ada orang yang rajin dan iklas bekerja untuk parti sudah pasti mereka jadikan musuh utama, jangan harap lah orang tu nak menang dalam pemilihan sekali lagi. mereka kutuk dan berdengki, mereka kata bodek lah dan sebagainya. Mereka ni pandai BERLAKON........ mungkin orang seperti mereka lah yang digelar oleh YB Zulkifli Nordin sebagai Firaun-Firaun Kecil.


Sapa yang tok ketua suka, malang lah nasibnya bukan apa sudah pasti menjadi musuh nombor one mereka, Jangan lah dok Bertanding, buang masa saja.... mereka akan reka macam-macam cerita semuanya tak kena, yang betul dalam dunia ni hanya lah mereka saja .


Ada setengah Tok Ketua pulak walaupun menyedari perkara ini tetapi terpaksa diamkan diri bagi menjaga kepentingan politik dirinya sendiri. Ada setengah Tok Ketua pun pandai BERLAKON........ lagi besar pangkat dia, kalau dalam army mau lah Genderal pangkat tok ketua.


Sebenarnya jika semua yang dipilih dalam pemilihan dan yang sanggup menerima lantikan, bererti mereka sanggup memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh perwakilan. Seandainya mereka sama-sama bekerja dengan ikhlas, bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam apa-apa juga kerja parti, sudah pasti umno tidak akan lemah dan goyah.



(bersambung)

No comments:

Post a Comment