JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Friday, April 9, 2010

PEMIMPIN CHIKEDES

SEKEJAP ADA, SEKEJAP TIADA


PEMIMPIN PERLU TETAP PENDIRIAN



Seorang pemimpin tak kira lah samaada di peringkat cawangan, bahagian mahupun di peringkat tertinggi pun perlu konsisten dalam segala perkara membabitkan keputusan dan prinsip.


Sekiranya keputusan telah pun dibuat, jangan lah berubah-rubah. Pemimpin perlulah tegas semasa membuat keputusan, jangan pula keputusan dibuat kerana untuk menjaga hati seseorang tetapi sebenarnya beliau tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.


Kemudian pada masa yang lain pula menceritakan kepada orang lain yang dia tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat itu. Waktu ini lah para pembodek dan orang-orang yang mempunyai agenda akan menambah jarum mereka, berlakon menyokong pemimpin tersebut dengan menokok tambah cerita karut untuk mendapat perhatian dari pemimpin tersebut, tetapi pada hakikatnya semua itu adalah sandiwara dan lakonan semata-mata.


Pemimpin sebegini walaupun kuat pengaruhnya tetapi sering akan membuat pengikutnya berasa kecewa dan kecil hati. Dalam hati kecil pengikut mesti ada rasa tidak puas hati dan menyampah dengan lakonan pemimpin itu.


Perkara ini lah yang sering berlaku pada era ini. Di harapkan kita mendapat seorang pemimpin yang konsisten dalam wadah perjuangan umno yang dapat mempertahankan pendiriannya dalam segala perkara dan keputusan yang telah dibuat.


Pertahankan Keputusan & Tetapkan Pendirian. Keikhlasan seorang pemimpin akan menjadikan pemimpin itu di hormati dan di sanjungi.

No comments:

Post a Comment