JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Friday, April 9, 2010

PILIHANRAYA KECIL P094 ULU SELANGOR

APAKAH TUJUAN JENTERA UMNO
KE ULU SELANGOR



Sepertimana yang telah diketahui dan telah dumumkan oleh YAB Perdana Menteri bahawa calon untuk pilihanraya kecil Ulu Selangor adalah daripada MIC.



Walaupun hasrat umno untuk menjadi calon di situ tetapi diatas semangat setiakawan yg telah lama terjalin diantara parti komponen, umno harus berkorban dan berkerja kuat bagi menentukan kemenangan untuk Barisan Nasional.



Kita perlu lihat siapakah pemimpin No. 1 Barisan Nasional yang bermakna kemenangan BN adalah kemenangan untuk Umno.



Umno Juara amat bersetuju dengan keputusan PM untuk meletakkan calon MIC dalam pilihanraya kecil Ulu Selangor kerana ia boleh menjadi pengukur kepada kemampuan Dato' Seri Najib dari segi sokongan rakyat kepada beliau.



Sekiranya BN menang dalam pilihanraya tersebut bermakna sejarah zaman kegemilangan BN sudah hampir berulang dan sekiranya BN tewas bermakna kita masih perlu berkerja kuat untuk menghadapi PRU ke 13.



Umno Negeri di seluruh Malaysia pasti akan menghantar petugas-petugas sebagai jentera BN bagi membantu memastikan kemenangan berpihak kepada BN.



Satu tugas yang paling penting oleh petugas Umno dalam kempen untuk pilihanraya kecil kali ini adalah bagaimana untuk memujuk orang-orang Melayu untuk mengundi Calon yang berketurunan India dari MIC.




Carilah formula apakah yang harus dijelaskan kepada pengundi-pengundi Melayu dalam kempen di Ulu Selangor nanti. Biarlah senada.... jentera umno dalam kempen nanti.



Sekiranya penjelasan yang akan diberikan dapat diterima dan memuaskan hati pengundi-pengundi Melayu disana Insyakallah, kemenangan akan berpihak kepada BN.











No comments:

Post a Comment