JUARA KEMBALI BANGUN

Kini UMNO Cawangan JUARA, Cherok To'kun, Bahagian Bukit Mertajam Kembali bangun dengan Kempimpinan Baru, Wajah Baru, Cara baru, Slogan Baru, Ahli DiDahulukan, Pencapaian di Utamakan

Hidup Melayu........ Hidup UMNO............

SELAMAT DATANG PELAWAT

Mesjid Cherok To'kun Bawah

Mesjid Cherok To'kun Bawah
Dalam rumah Allah inilah sering diadakan solat hajat dan bacaan Yassin memohon agar Allah menunjukkan pada kebenaran

PETUA MENGENALI WAKTU BILA ANWAR BERBOHONG (ZAHID MD ARIP) BEKAS NAIB KETUA PARTI KEADILAN NASIONAL

Sunday, April 11, 2010

PROGRAM WANITA UMNO BUKIT MERTAJAM PUN DI CHEROK TO'KUN JUGA


PROGRAM MESRA KELUARGA, REAKRASI & SUKANEKA WANITA UMNO BUKIT MERTAJAM.
Ahad-11hb April 2010, Wanita Umno Bahagian Bukit Mertajam telah mengadakan satu program untuk keluarga Wanita Umno bertempat di Hutan Lipur, Cherok To'Kun, Bukit Mertajam.

Program yang di beri nama MESRA KELUARGA, REAKRASI & SUKANEKA itu telah bermula pada jam 7.30 pagi. Seramai lebih 150 orang peserta mengambil bahagian dengan dimulakan dengan mendaki Bukit Mertajam mengikut jalan yang telah disediakan.

Berbagai aktiviti seperti pertandingan mengubah bunga, membuat puding dan biskut juga diadakan.

Baling betul-betul adik...



0Kak Nab... mengadili pertandingan membuat biskut
dan puding.. cengehnya!!! keputusan Pengadil adalah muktamad..


hai.. hj Talib.. dok gagah jugak, mcm naik kuda je...



Wow.... tere nya brother ni


Datuk Musa menyampaikan hadiah kepada pemenang

Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Musa Bin Sheikh Fadzir selaku Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam yang sentiasa memberi sokongan keatas program dan aktiviti yang dijalankan oleh wanita.

YB Datuk beramah mesra semasa wanita menjamu selera

Jamuan makan Tengah hari disaji dengan masakan ala kampung seperti Gulai Nangka, Gulai Ikan Kering, Ulam-ulaman, ikan Goreng dan Sambal Buah Konen hasil dari masakan AJK Wanita Umno Bukit Mertajam.

Ketua Wanita Umno Bahagian Bukit Mertajam Pn Faridah bt Md Hussain turut sama dalam program tersebut.

Program yang berakhir sekitar jam 2.00 petang itu mendapat sambutan yang mengalakkan dimana dapat mengeratkan lagi tali siratulrahim diantara ahli dan menunjukkan kemesraan yang terjalin di kalangan wanita Umno Bukit Mertajam.
I

No comments:

Post a Comment